awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Kes 1MDB: Najib didapati bersalah atas semua 25 pertuduhan babitkan dana RM2.3 bilion
Kedutaan nasihatkan rakyat Malaysia elak kawasan sempadan
[TERKINI] Najib bersalah 21 kes AMLA dana 1MDB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya beri arahan ahli Parlimen DAP jangan bangun' - Anthony Loke

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
26/11/2020
14:46 MYT
'Saya beri arahan ahli Parlimen DAP jangan bangun' - Anthony Loke
Loke berkata hal itu dibuat selepas beliau mendapat mesej daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Anthony Loke Siew Fook mengaku bertanggungjawab memberi arahan supaya ahli-ahli Parlimen DAP tidak bangun menyokong undi belah bahagi ketika pengundian Belanjawan 2021 pada Khamis.
Dalam satu kenyataan, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP itu berkata, tindakan itu diambil selepas beliau mendapat mesej daripada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Mengapa kita tidak undi belah bahagi hari ini? Sebabnya ialah kita tidak menolak keseluruhan belanjawan tersebut. Ada perkara yang kita boleh bersetuju dan sokong.
"Namun, banyak juga peruntukan yang kita tolak seperti peruntukan RM85 juta untuk JASA, pemotongan peruntukan untuk pelbagai jenis aliran sekolah dan isu-isu lain yang dibangkitkan oleh ahli-ahli Parlimen pembangkang.
"Maka, kita akan membantah dan menolak peruntukan yang kita tidak setuju di peringkat jawatankuasa Kementerian masing-masing. Contohnya, kita akan minta undi belah bahagi untuk tolak belanjawan Kementerian Komunikasi dan Multimedia kerana JASA merupakan agensi di bawah kementerian tersebut," katanya.
BACA: Belanjawan 2021: Ahli Parlimen pembangkang tak rasa bersalah mungkir janji - Dr Mahathir
Tambah Loke, jika semua ahli Parlimen pembangkang bangun memohon undi belah bahagi, terdapat kemungkinan Perikatan Nasional akan menjadikannya satu polemik untuk membuat pelbagai tuduhan terhadap Pakatan Harapan.
"Saya faham ramai ahli dan penyokong DAP merasa amat kecewa terhadap keputusan ini dan mengecam tindakan kita.
"Saya hanya boleh menjanjikan bahawa semua ahli Parlimen DAP akan pastikan bahawa mulai Isnin depan kita akan terus berjuang," katanya.
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#DAP
#Pakatan Harapan
#Anwar Ibrahim
#pembangkang
#Belanjawan 2021
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan