awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya bertanding atas kapasiti sendiri," - Mukhriz

Irwan Muhammad Zain
Irwan Muhammad Zain
21/09/2013
12:28 MYT
"Saya bertanding atas kapasiti sendiri," - Mukhriz
Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir menegaskan beliau menawarkan diri bertanding jawatan Naib Presiden atas kapasitinya sendiri bukan bergantung kepada ayahnya Tun Dr Mahathir Mohamad.
Muhkriz berkata sepanjang melibatkan diri dalam politik dan Umno, beliau tidak pernah mendapat laluan mudah sebaliknya terpaksa berusaha untuk mendapat kejayaan.
Katanya, beliau pernah tewas dalam pertandingan merebut jawatan ketua Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu biarpun ayahnya pernah menjadi Ketua Bahagian selama 35 tahu.
"Kerjaya politik saya ada turun naiknya, kalau ada yang kata saya ini proksi ayah saya sudah tentu laluan politik saya mudah.
"Tetapi apa yang berlaku sebaliknya. Saya pernah bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno bahagian Kubang Pasu yang diterajui ayah saya selama 35 tahun tetapi saya tewas," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan borang pencalonan jawatan Naib Presiden di PWTC petang tadi.
Mukhriz seterusnya menyerahkan kepada ahli Umno untuk menilai prestasinya berdasarkan apa yang telah dilakukan dalam tempoh 10 tahun.
Ditanya peluang untuk memenangi jawatan naib Presiden, Mukhriz menjelaskan beliau mempunyai peluang untuk memenangi salah satu daripada tiga kerusi naib presiden Umno yang ditandinginya.
"Secara teknikalnya ia 50-50 kerana ada enam calon.
"Saya rasa saya optimis dengan berhati-hati, tapi kena juga berkempen dan kena kenal seramai mungkin perwakilan dan terangkan kepada mereka kenapa saya buat ini," katanya.
Topic Berkaitan
#Mukhriz
#Pemilihan UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan