SHAH ALAM : Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia.
Beliau berkata, ia antara langkah yang boleh dipertimbangkan jika ekonomi kurang memberangsangkan berterusan.
“Jika ekonomi Sarawak begitu baik namun ekonomi negara sebaliknya, mungkin negeri ini akan mempunyai mata wang sendiri.
“Saya berharap orang ramai tidak menggelarnya pengkhianat negara. Tetapi saya bercakap dengan serius. Jika kita begitu baik dalam membangunkan ekonomi, secara pengiraan ekonomi negara sepatutnya kukuh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika siaran podcast khas dengan Bual Studio dan Reka Sound untuk Merdeka dan Hari Malaysia bertajuk 'Dari Malaya ke Malaysia: 60 Tahun'.
Nanta yang juga Setiausaha Agung Gabungan Parti Sarawak (GPS) menegaskan bahawa pendapatan keseluruhan termasuk ekonomi Sarawak meningkat tetapi perlu menganalisis dengan lebih terperinci tahap kehidupan rakyat sebelum melaksanakannya.
“Jika Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenalkan mata wang sendiri)? Ini yang saya cuba tekankan.
"Bagaimanapun, apabila meneliti pendapatan per kapita, ternyata masih terdapat kawasan di mana rakyat terus mengalami kemiskinan," ujarnya.
Dalam pada itu, Nanta juga menyatakan bahawa Sarawak diketuai oleh Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg merupakan pemimpin yang kuat dan berkebolehan dalam melonjakkan ekonomi negeri itu ke tahap yang lebih tinggi.
Pada Julai, Abang Johari memaklumkan negeri kenyalang itu kini diiktiraf sebagai antara berpendapatan tinggi berdasarkan data terkini Bank Dunia.
Menurut Ketua Ahli Ekonomi Malaysia Bank Dunia, Dr Apurva Sanghi, Sarawak kini sebuah negeri berpendapatan tinggi kerana pendapatan negara kasar (GNI) per kapitanya melebihi AS$13,205 (RM61,608). - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 01 2023
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi membayangkan kemungkinan Sarawak bakal memperkenalkan mata wang sendiri susulan ekonomi yang tidak menentu di Malaysia. - Gambar fail BERNAMA
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
'Saya bukan pengkhianat, bayang Sarawak ada mata wang sendiri' - Nanta
"Jika Sarawak lebih baik daripada yang lain, kenapa tidak (perkenalkan mata wang sendiri)? Ini yang saya cuba tekankan."