awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
25/03/2024
22:00 MYT
"Saya dan Sanusi okey, tiada masalah" - Saifuddin
Saifuddin menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah meskipun dilihat bertelagah berhubung MTPN. - Gambar fail Astro AWANI
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, beliau tidak mempunyai sebarang masalah dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meskipun dilihat bertelagah berhubung Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri (MTPN), baru-baru ini.
Sebaliknya, Pengerusi bersama MTPN itu memberitahu, beliau dan Muhammad Sanusi saling menyapa satu sama lain seperti biasa di Parlimen.
"Saya tiada apa-apa masalah dengan dia (Muhammad Sanusi). Saya jumpa dia di Parlimen, elok... tak ada masalah. Cuma jawatankuasa Mesyuarat Tindakan Pembangunan Negeri, strukturnya adalah saya mewakili Persekutuan dan sebagai Menteri Besar Kedah menjadi co-chair.
"Selepas setahun fokus saya adalah memantau dan memastikan semua projek Persekutuan berjalan mengikut jadual, jadi saya turun padang seperti biasa. Saya juga faham Sanusi ada tanggungjawab yang lebih berat di Kedah. Jadi biar kita buat urusan kerja masing-masingdulu, jika ada keperluan ke hadapan nanti, kita tengoklah," katanya.
Saifuddin berkata demikian kepada pemberita selepas ditanya mengenai hubungan beliau dengan Muhammad Sanusi pada Majlis Perjumpaan Khas Menteri Dalam Negeri bersama Pengurusan Tertinggi Kementerian, Jabatan, Agensi dan Pengamal Media 2024, di sini, pada Isnin.
Saifuddin baru-baru ini menyindir Muhammad Sanusi dengan memberi Menteri Besar Kedah itu seluas-luas ruang membangunkan Greater Kedah.
Beliau berkata, walaupun MTPN belum pernah diadakan setakat ini, beliau percaya fokus Muhammad Sanusi ialah membangunkan Greater Kedah.
Saifuddin sebelum ini dilaporkan berkata sikap Muhammad Sanusi tidak menjaga rahsia menjadi antara faktor menyebabkan mesyuarat MTPN Kedah tidak diadakan lebih setahun.
Muhammad Sanusi pula dilaporkan berkata, kebimbangan Saifuddin mengenai kebocoran rahsia kerajaan hanyalah alasan 'mengada-ngada' dan tidak masuk akal.
Topic Berkaitan
#Saifuddin Nasution
#mesyuarat tindakan pembangunan negeri
#Menteri Dalam Negeri
#Muhammad Sanusi Md Nor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan