Saya ingin tahu Akmal nak serang siapa - Ahmad Zahid

Ahmad Zahid (foto) ingin mengetahui sasaran sebenar Muhamad Akmal serta menegaskan tindakan melepaskan jawatan itu adalah keputusan peribadi. -Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan bertemu dengan Ketua Pemuda UMNO Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh yang telah melepaskan jawatan sebagai Exco Negeri Melaka, namun mengekalkan jawatan parti untuk memberi tumpuan menentang DAP.
Ringkasan AI
- Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan berjumpa dengan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh yang mengekalkan jawatan parti untuk fokus menentang DAP.
- Dr Akmal melepaskan jawatan Exco Negeri Melaka tetapi mempertahankan jawatan Ketua Pemuda untuk menunjukkan komitmen menentang DAP.
- Ketegangan timbul antara Dr Akmal dan DAP berkenaan isu sensitiviti agama, bangsa, dan Raja-raja Melayu, yang mendorong Dr Akmal meletakkan fokus pada prinsip dan perjuangan.
Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan logo baharu Kelab UMNO Luar Negara di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, pada Khamis.
Awal hari ini, Dr Akmal mengumumkan peletakan jawatannya sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan Melaka.
Beliau bagaimanapun tidak akan melepaskan jawatan sebagai Ketua Pemuda seperti yang diramal sebelum ini.
Tegas Dr Akmal, keputusan tersebut diambil bagi membolehkan beliau memberi fokus kepada perjuangan menentang DAP, yang disifatkannya sebagai musuh yang nyata.
Selain itu, Dr Akmal berkata, beliau mahu membuktikan dirinya tidak sama sekali akan lari daripada perjuangan membela agama, bangsa dan tanah air.
Pemuda Sosial DAP (DAPSY) sebelum ini mendesak Dr Akmal untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO selagi terus mengkritik DAP dalam Kerajaan Perpaduan.
Ketegangan di antara Akmal dan pimpinan DAP timbul selepas beliau mendakwa pemimpin parti itu berulang kali membangkitkan isu yang menyentuh sensitiviti agama, bangsa, dan Raja-raja Melayu.
“Bagi saya jawatan dalam kerajaan negeri tidak penting, tetapi apa yang lebih penting adalah maruah, prinsip dan suara akar umbi,” tegasnya lagi.
Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
- Q: Mengapa Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh melepaskan jawatan Exco Negeri Melaka tetapi masih kekal sebagai Ketua Pemuda UMNO? A: Bagaimana Ahmad Zahid berkaitan dengan keputusan Dr Akmal dan tujuannya menentang DAP?
- Q: Apakah tindakan yang diambil oleh Dr Akmal Saleh berkenaan dengan perjuangan menentang DAP? A: Bagaimana Dr Akmal menjelaskan keputusannya untuk fokus pada perjuangan menentang DAP dan mengapa beliau mengekalkan jawatan Ketua Pemuda UMNO?
- Q: Apakah yang menyebabkan ketegangan antara Dr Akmal dan pimpinan DAP? A: Mengapa Dr Akmal menegaskan bahawa kehormatan, prinsip, dan suara rakyat adalah lebih penting daripada jawatan dalam kerajaan negeri?

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami

