awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'

Sinar Harian
Sinar Harian
28/03/2023
09:25 MYT
'Saya malas, boleh tidur di mana-mana saja'
Warga emas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal kerana tidak mempunyai sebarang komitmen termasuk tidak pernah berkahwin. - Gambar/ Sinar Harian
KOTA BHARU: "Saya malas!". Itu pengakuan jujur seorang lelaki yang memilih jalan hidup sebagai gelandangan sejak 20 tahun lalu.
Warga emas yang ingin dikenali sebagai Samad, 66, berasal dari Pasir Mas itu mengakui tidak minat untuk bekerja atau mendapatkan tempat tinggal kerana tidak mempunyai sebarang komitmen termasuk tidak pernah berkahwin.
“Saya tidak mempunyai anak atau isteri, diri saya sahaja. Jadi, tak perlulah berfikir untuk menyewa atau memiliki rumah.
“Saya boleh tidur di mana-mana sahaja bahkan di Bukit Marak pun saya pernah tidur semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) Covid-19 lalu,” katanya ketika ditemui semasa Operasi Bersepadu Banteras Pengemis dan Gelandangan di sini pada Selasa.
Operasi diketuai Ketua Bahagian Penguatkuasa Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), Mohd Halimie Mat Salleh.
Anak sulung daripada lima beradik itu berkata, dia sudah lama terputus hubungan dengan keluarganya kerana tidak mahu menyusahkan mereka apatah lagi masing- masing sudah mempunyai keluarga sendiri.
“Saya dapat bantuan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat) RM300 sebulan yang digunakan untuk membeli makanan dan minuman.
“Saya akan mandi di masjid-masjid yang berhampiran dan tidur beralaskan tikar,” katanya yang sedang tidur ketika dihampiri pasukan penguat kuasa.
Lelaki itu berkata, dia juga berpindah-randah dari satu tempat ke satu tempat yang lain antaranya di Pasir Mas dan Bachok. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#gelandangan
#warga emas
#malas
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan