Seorang anak jati Banting, Selangor memohon agar kerajaan menerusi Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) supaya segera menyelesaikan urusan pemberian kad pengenalan (MyKad).
Ganesan, 37 tahun, mendakwa kini hidupnya seperti pendatang asing tanpa izin (PATI) di tanah kelahiran sendiri apabila tidak mempunyai MyKad.
"Saya sudah ulang-alik banyak kali untuk selesaikan isu ini. Saya lahir di sini, tetapi mengapa proses untuk mendapatkan MyKad sangat susah? Saya kini sedang menunggu surat kelahiran ibu saya dari sebuah hospital selama tiga bulan. Menurut JPN, hanya dengan dokumen itu mereka boleh mengambil langkah seterusnya.
"Tanpa MyKad, saya tidak boleh mendapatkan pekerjaan baharu. Isteri saya yang menanggung segala beban, Susah hati saya dibuatnya," luah Ganesan ketika ditemui Astro AWANI pada Khamis.
Jelas pekerja ladang kelapa sawit di Banting itu, dia sukar untuk mengubah nasib hidup gara-gara tidak mempunyai MyKad
Dia yang kini bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM25 sehari meluahkan kesusahan hidup menanggung keluarganya.
Bukan tidak mahu berusaha mencari kerja yang lebih baik, Ganesan memberitahu dia seolah-olah putus harapan apabila permohonan mencari kerja lain dengan gaji yang lebih tinggi sering ditolak atas alasan tidak memiliki MyKad.
"Semua perkara perlu ada MyKad. Saya cuba mahu cari kerja dengan bayaran yang lebih tinggi sedikit pun susah. Mereka tolak (permohonan kerja) sebab saya tidak memiliki MyKad
"Saya betul-betul mengharap bantuan kerajaan atau pihak JPN bagi menyelesaikan masalah ini. Sekarang dengan pendapatan sedikit, kami sekeluarga hidup dalam kesempitan.
"Ia ditambah dengan kos sara hidup yang tinggi sekarang," katanya.
Nasib sama turut menimpa isterinya, Kanchana, 39 tahun apabila permohonan untuk mencari kerja dengan bayaran yang lebih tinggi turut ditolak atas alasan suaminya tidak mempunyai MyKad.
"Dia (isteri) cuba mendapatkan kerja yang membayar gaji yang lebih tinggi tetapi disebabkan saya tidak mempunyai MyKad, permohonan ditolak," katanya.
Pritha Manivannan
Thu Mar 22 2018
Ganesan yang bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM25 sehari meluahkan kesusahan hidup menanggung keluarganya - Foto: Astro AWANI
Raja Charles III kembali jalani tugas awam selepas rawatan kanser
Raja Britain, Raja Charles III kembali menjalankan tugas awam selepas kesan positif rawatan kansernya.
LHDN pergiat ‘buru’ syarikat, individu culas bayar cukai
Ujar beliau, LHDN sentiasa memantau data-data sedia ada untuk tindakan sewajarnya.
Program Jelajah Siswa antara pengisian Hawana 2024
Sambutan Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2024 pada Mei ini buat julung kalinya akan menyaksikan penglibatan pelajar jurusan komunikasi menerusi Program Jelajah Siswa.
[KEMAS KINI] SPRM ambil keterangan, MB Perlis tegaskan tidak direman
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan mengambil keterangan Maenteri Besar Perlis kira-kira jam 10 pagi tadi.
Bekas isteri Safee Sali fail tuntutan balas nusyuz
Sebutan semula kes bagi menjawab tuntutan itu oleh plantif ditetapkan pada 11 Jun depan.
Polis selamat mangsa pemerdagangan orang dipaksa bekerja di kelab malam
Polis berjaya menyelamatkan empat wanita warga Filipina yang dipercayai menjadi mangsa pemerdagangan orang.
Pengasas maahad tahfiz didakwa di mahkamah kes liwat pelajar
Tertuduh didakwa meliwat tiga pelajar berusia antara 12 hingga 15 tahun manakala dua daripada mereka merupakan mangsa yang sama.
Pelajar UCLA dakwa universiti lepas tangan
Sebagai pelajar di antara puluhan kampus yang membantah serangan di Gaza, Isabelle Friedman yang memimpin akhbar bebas pelajar UCLA berbicara mengenai cabaran kehidupan harian pelajar dan memberikan liputan berita yang seimbang ketika protes terus meningkat.
Beg sandang dicuri dalam tandas, wanita sarat mengandung trauma kejar peragut
Suspek lelaki berusia 22 tahun yang mempunyai empat rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah itu direman selama tiga hari bermula 30 April hingga 2 Mei 2024.
25 maut, 13 cedera bas terjunam dalam sungai Peru
Kemalangan bas di kawasan gunung Andes di utara Peru telah meragut 25 nyawa manakala 13 cedera pada Isnin.
Ibu tunggal tujuh anak rayu bantuan ringankan beban keluarga
Malarveli hidap sejenis penyakit kulit kesan daripada racun sawit yang digunakan di ladang kelapa sawit demi anak-anak.
Saya bagai pendatang di negara sendiri - Ganesan
Ganesan bekerja di ladang kelapa sawit dengan pendapatan RM25 sehari meluahkan kesusahan hidup menanggung keluarganya.
Ajal dihempap pokok tumbang
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 2.00 petang tadi itu menyebabkan mangsa C. Ganesan, 40 tahun, mengalami cedera parah di kepala.