awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo

Bernama
Bernama
15/03/2024
10:04 MYT
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Loo juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa sebagai ‘orang dalam’ di 1MDB, dia tidak pernah menyedari wang yang digunakan Jho Low secara boros adalah sebahagian daripada wang 1MDB.- Reuters
KUALA LUMPUR: Bekas peguam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low, adalah seorang penipu yang menghalalkan aktiviti haram untuk menyeleweng wang 1MDB.
Jasmine Loo Ai Swan berkata, ia berikutan Jho Low sudah meraih jutaan ringgit sebelum penglibatannya dengan 1MDB kerana selain memiliki syarikat UBG Berhad, dia juga memiliki beberapa perniagaan lain dan berurusan dengan beberapa syarikat milik warga Arab.
Saksi pendakwaan ke-50 itu menjawab demikian apabila diminta menjelaskan mengapa dia tidak mempersoalkan AS$9 juta yang dipindahkan ke dalam dua akaun bank Switzerland antara 2012 dan 2013.
Kata Loo, ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah di perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram Datuk Seri Najib Tun Razak melibatkan RM2.3 bilion dana 1MDB, dia tidak terfikir Jho Low melakukan penyewelengan wang 1MDB kerana sudah mendapat keuntungan berjuta-juta.
Loo juga tidak bersetuju dengan cadangan Muhammad Shafee bahawa sebagai ‘orang dalam’ di 1MDB, dia tidak pernah menyedari wang yang digunakan Jho Low secara boros adalah sebahagian daripada wang 1MDB.
Terdahulu, Muhammad Shafee mencadangkan kepada saksi bahawa Jho Low adalah "penipu, penjahat peringkat tertinggi", namun Loo tidak mempunyai masalah untuk menerima arahan daripada orang sedemikian.
Selain itu, Loo turut memberi keterangan bahawa dia telah pergi ke Shanghai untuk bertemu Jho Low dan sempat berbincang mengenai penyelesaian berhubung dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat.
Saksi itu juga menafikan bahawa beliau telah berunding dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak pendakwaan sebagai ganti bagi menggugurkan dua pertuduhan pengubahan wang haram yang dihadapinya di negara ini.
Pada 2018 Loo didakwa in absentia (tanpa kehadiran) di mahkamah kerana didakwa melakukan pengubahan wang haram berjumlah AS$5.99 juta.
Najib menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 1 April.
Topic Berkaitan
#1Malaysia Development Berhad
#Najib Razak
#Rasuah
#Jasmine Loo Ai Swan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan