awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga maut dalam letupan di selatan Moscow
PM seru rakyat tolak kebencian, semai empati sempena Hari Krismas
MARDI agih 1,000 ekor Ayam Saga, perkasa komuniti KRT Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya sahabat sejati Malaysia - Duta Besar China

Bernama
Bernama
13/03/2017
15:02 MYT
Saya sahabat sejati Malaysia - Duta Besar China
Huang berkata sebagai 'sahabat' Malaysia, beliau menjalin hubungan rapat dengan semua pihak termasuk ahli politik daripada parti pembangkang. - Gambar fail
"Saya adalah sahabat Malaysia, sahabat sejati seluruh Malaysia."
Itulah yang dikatakan Duta Besar China di Malaysia Dr Huang Huikang semasa menolak dakwaan bahawa beliau hanya mempunyai hubungan rapat dengan parti politik daripada Barisan Nasional (BN), terutamanya MCA, seperti yang dilaporkan sebuah portal berita baru-baru ini.
Beliau berkata sebagai 'sahabat' Malaysia, beliau menjalin hubungan rapat dengan semua pihak termasuk ahli politik daripada parti pembangkang dan ini terbukti apabila beliau melawat negeri diterajui pembangkang, termasuk Pulau Pinang, untuk urusan rasmi.
"Saya menjelajah ke serata bandar dan negeri di Malaysia, saya sudah banyak kali melawat Pulau Pinang, bertemu Ketua Menteri Pulau Pinang...saya juga menghadiri majlis perasmian Jambatan Kedua Pulau Pinang (Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah)," katanya.
Beliau memberitahu demikian kepada media selepas melakukan kunjungan hormat terhadap Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Wisma Darul Aman di sini, hari ini. -- Bernama
Topic Berkaitan
#Ahmad Bashah
#Ahmad Bashah Md Hanipah
#Barisan Nasional
#China
#Huang Huikang
#MCA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan