SERDANG: "Kalau saya hendak ringkaskan sebagai orang yang dikenali, saya sangatlah senantiasa diburu scammer," demikian perkongsian Duta Anti Scam Diana Danielle Danny Beeson, ketika menjadi panel Seminar Kelestarian Integriti, Pembudayaan Integriti Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini pada Selasa.
Beliau yang juga merupakan pelakon terkenal tanah air itu berkata, pernah pada suatu masa beliau dan pihak pengurusannya hampir terjerat dengan perangkap scammer.
Namun jelasnya, beliau bernasib baik kerana dapat 'menghidu' perbuatan berkenaan, justeru pentas forum ini menjadi medannya untuk berkongsi dengan peserta agar tidak menjadi salah seorang mangsa scammer.
"Yang saya ingat, satu pasukan saya ini hampir menjadi mangsa penipuan ini, jadi amat penting juga bagi saya untuk bagi kesedaran bukan sahaja pada diri saya sendiri tetapi kepada pasukan saya juga kerana mereka yang memegang akaun media sosial saya. Dan yang paling penting ini ingatan untuk kamu semua juga.
"Akaun Instagram saya mempunyai 3 juta pengikut, Facebook 2 juta pengikut, kena saya maklum jumlah ini sebab ia sangat bernilai kalau orang itu ambil saya punya akaun, dia boleh jual dalam harga yang sangat tinggi, sebab atas kapasiti saya, (artis) bukan pinjam RM100 saya boleh minta RM50,000 sehingga RM100,000," katanya.
Yang turut menjadi panel, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Sinar Untuk Malaysia (Rasuah Busters), Nurhayati Nordin; Pensyarah Kuliyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dr Ida Madieha Abdul Ghani Azmi dan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul yang juga merupakan 'Duta Anti-Scam', Asisten Superintenden Rahmat Fitri Abdullah.
Sebab itulah katanya, beliau kini lebih berhati-hati untuk membalas pesan e-mel pelanggan dan mengenal pasti pihak yang beliau berurusan.
"Jika scammer itu menggunakan identiti saya, kesannya atas batang tubuh saya, nama saya rosak sebab itulah berdasarkan apa yang berlaku ini saya dan pasukan lebih berhati-hati kerana tidak semua berlaku jujur dan mempunyai integriti," katanya.
Sementara ketika menyentuh mengenai bagaimana beliau mengekalkan nilai integriti dalam dirinya, di sebalik figura yang dikenali ramai, Diana berkata, nilai integriti perlu ditanam dalam diri dan perlu konsisten melakukan perbuatan yang baik bagi mengelak daripada terjebak dengan amalan rasuah.
"Bagi saya nilai ini (integriti) perlu ada dalam jiwa kita sendiri, kita kena pupuk dan senantiasa ingatkan diri, adakah kita sudah banggakan diri kita sendiri, iaitu bangga dengan sifat integriti ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Aug 22 2023
Diana Danielle menjadi panel Seminar Kelestarian Integriti, Pembudayaan Integriti Institusi Pengajian Tinggi di Universiti Putra Malaysia (UPM), di sini pada Selasa. - Gambar/ Sinar Harian
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
“Saya tak benarkan Diana buat bariatrik” - Farid Kamil
Farid lebih yakin hanya cara semula jadi lebih selamat untuk menurunkan berat badan.
Fadzil temani Farid ketika rumah tangga bergolak
"Saya tahu jika dia (Farid) berseorangan ketika berdepan dengan masalah rumah tangga, saya takut dia akan buat benda merepek."
Farid Kamil dedah bagaimana rasa cinta kembali berputik dengan Diana Danielle
Pasangan selebriti tersebut telah rujuk semula pada 31 Ogos 2023.
Farid, Diana sudah lebih 20 hari rujuk semula
"Perkahwinan saya dapat diselamatkan dengan izin Allah. Pengalaman lalu telah mematangkan kami." - Farid Kamil
'Anak-anak doa agar kami tetap satu keluarga' - Diana Danielle ulas isu rujuk dengan Farid Kamil
Menurut Diana, dia sebolehnya mahu menyimpan hal yang baik untuk diri sendiri namun terharu selepas menerima pelbagai reaksi positif ramai apabila videonya bersama Farid tular di media sosial.
Ada 'kerabat' dampingi Diana Danielle? Ini komen empunya badan
Diana berkata, dia seboleh-bolehnya tidak mahu memanjangkan soal itu dan mahu fokus pada kerjaya dan anak-anaknya.
Diana Danielle jawab dakwaan ubah wajah
Diana Danielle memilih untuk tidak memberi sebarang justifikasi berhubung dakwaan segelintir pihak yang mengatakan dia mengubah hidung.
'Saya sentiasa diburu scammer...' - Diana Danielle
Diana Danielle berkata, pernah pada suatu masa beliau dan pihak pengurusannya hampir terjerat dengan perangkap scammer.
Diana Danielle dedah wajah teman yang tangannya dipegang ketika iddah
Diana, 32, menjawab spekulasi mengenai foto yang dikongsi di Instagram baru-baru ini.
'Tak rasa nak rujuk, tak mahu nak pujuk' - Farid Kamil reda, mula kehidupan baharu
Malah Farid berserah pada jodoh jika dia bertemu dengan pengganti suri hidupnya kelak.