awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Saya serah kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen - PM

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
06/08/2021
04:10 MYT
Saya serah kepada kebijaksanaan Ahli Parlimen - PM
Muhyiddin (dua, kanan) bersama isteri, Noorainee (kanan), pada majlis Sumbangan Makanan Basah dan Bakul Prihatin kepada Penghulu-Penghulu di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, hari ini. Turut kelihatan, Sahruddin (dua, kiri). --fotoBERNAMA
MUAR: Tan Sri Muhyiddin Yassin yakin masih mempunyai bilangan majoriti Ahli Parlimen yang menyokong beliau dan bersedia menerima sebarang kemungkinan pada sidang Parlimen bulan depan.
Beliau turut mengulangi, keabsahan kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri hanya akan dibuat pada September, selepas mendapat perkenan dan persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
“Saya yakin walaupun sehingga hari ini ada pengumuman dibuat oleh pihak tertentu kononnya tidak menyokong saya, mungkin di hadapan begitu, di belakang kita tidak tahu. Ini masalah politik.
"Sebab itu Yang di-Pertuan Agong pun perkenan. Untuk menyelesaikan perkara itu, kita bawa ke Parlimen. Dan saya sedia hadapi apa juga kemungkinan, yang mana, saya tidak takut ataupun bimbang,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas menyampaikan sumbangan makanan basah dan Bakul Prihatin Negara kepada penghulu-penghulu Mukim dan keluarga yang sedang menjalani kuarantin di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, di sini, hari ini.
Turut hadir, isteri Perdana Menteri, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong Datuk Dr Sahruddin Jamal.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, keadaan semasa COVID-19 negara perlu diambil kira dan sebarang pertukaran dalam kerajaan dibimbangi hanya akan menjejaskan proses memulihkan pandemik berkenaan.
“Harus difikirkan situasi dan keadaan semasa ini. Adakah negara boleh menghadapi masalah (kemelut politik) ini dengan apa-apa rombakan, pertukaran yang boleh menjejaskan Pelan Pemulihan Negara dan langkah-langkah menangani COVID-19?
“Sebab itu saya serahkan kepada budi bicara dan pertimbangan Ahli Parlimen. Terpulang kepada mereka untuk memikirkan apa yang sewajarnya mereka lakukan dalam tempoh ini,” tambahnya.
Muhyiddin Yassin (empat,kiri) melihat barangan sumbangan yang akan diagihkan kepada penduduk pada majlis Sumbangan Makanan Basah dan Bakul Prihatin kepada Penghulu-Penghulu di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, hari ini.
Muhyiddin melihat barangan sumbangan yang akan diagihkan kepada penduduk pada majlis Sumbangan Makanan Basah dan Bakul Prihatin kepada Penghulu-Penghulu di Kompleks Penghulu Mukim Sungai Raya, hari ini. --fotoBERNAMA
Terdahulu, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar kerajaan untuk segera memanggil Sidang Khas Parlimen bagi membuktikan Muhyiddin masih mempunyai sokongan majoriti dalam Dewan Rakyat.
Beliau berkata, mereka tidak perlu menunggu sehingga bulan September sebelum sidang Parlimen berjalan selain menegaskan kenyataan Ahli Parlimen Pagoh itu dalam Perutusan Khas yang mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) masih mempunyai majoriti adalah tidak benar.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#COVID-19
#UMNO
#Yang di-Pertuan Agong
#Zahid Hamidi
#Muhyiddin Yassin
#pandemik
#Parlimen
#Perdana Menteri
#rombakan
#pertukaran
#kerajaan
#pembangkang
#kemelut politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan