KUALA LUMPUR: Pengerusi Kumpulan The Edge Media hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah memintanya meninggalkan kediaman bekas Perdana Menteri itu di Langgak Duta apabila beliau mengesyorkan agar ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho, atau Jho Low, didakwa kerana mencuri wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Tan Sri Tong Kooi Ong, 63, berkata semasa pertemuan pada 6 Mac 2015, beliau mengesyorkan agar Najib mendakwa Jho Low kerana wang sebanyak AS$700 juta milik 1MDB telah dipindahkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat milik Jho Low.
Saksi pendakwaan ke-43 itu berkata demikian ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram pada perbicaraan kes Najib berhubung penyelewengan RM2.3 bilion dana 1MDB.
Sebelum itu, Tong berkata beliau telah bertemu dengan Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim di Pusat Beli-Belah Bangsar dan berkongsi kebimbangan sama berkaitan isu 1MDB.
"Abdul Azeez kemudian mencadangkan agar saya bertemu dengan Najib," katanya.
Ketika bertemu dengan Najib, Tong berkata bekas Perdana Menteri itu berkata artikel yang disiarkan oleh The Edge berhubung isu 1MDB sejak 2010 adalah tidak tepat.
"Saya memaklumkan beliau bahawa kami memiliki beribu-ribu e-mel yang antaranya jelas membuktikan bahawa PetroSaudi (yang menjalin usaha sama dengan 1MDB) bukanlah milik kerajaan Arab Saudi.
"Saya turut memaklumkan beliau bahawa AS$1 bilion yang disalurkan kepada usaha sama itu adalah tidak berasaskan penilaian sebenar aset yang dimiliki oleh PetroSaudi... Wang sebanyak AS$700 juta (daripada usaha sama itu) dipindahkan kepada Good Star yang dimiliki Jho Low," katanya sambil menambah selepas pertemuan itu, The Edge terus menerbitkan lebih banyak artikel mengenai isu 1MDB.
Saksi itu juga berkata susulan penerbitan artikel berkaitan isu 1MDB, tiga wartawan The Edge telah disiasat polis dan ditahan semalaman dalam lokap.
"Saya turut dilarang meninggalkan negara ini dan disiasat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri bagi pengubahan wang haram serta mengelak membayar cukai manakala penerbitan The Edge juga digantung namun perintah itu kemudian ditarik balik oleh mahkamah," katanya.
Najib, 69, berdepan empat pertuduhan menggunakan kedudukan untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion membabitkan dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan amaun sama.
Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 16 2022

Tong berkata semasa pertemuan pada 6 Mac 2015, beliau mengesyorkan agar Najib mendakwa Jho Low kerana wang sebanyak AS$700 juta milik 1MDB telah dipindahkan kepada Good Star Ltd, sebuah syarikat milik Jho Low. - Gambar fail
![AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022] AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/2007039/11199715291674957360883_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Fokus Berita & Menarik di astroawani.com [29 Januari 2022]
AWANI Pagi membawakan kemaskini terkini mengenai berita dalam dan luar negara yang dilaporkan di www.astroawani.com bersama Geegee Ahmad dan Nursyazwani Saiful Sham.

Mustafa Centre dari Singapura bakal buka gedung pertama di Johor Bahru
Mustafa akan membeli 591 unit runcit yang tidak terjual di Capital City Mall daripada syarikat tersebut yang merupakan gabungan kawasan boleh sewa bersih seluas 641,216 kaki persegi.

Wushu hanya sasar satu pingat emas di Sukan SEA Kemboja
Sasaran rendah ditetapkan kerana WFA memperkenalkan format baharu pertandingan yang lebih mencabar.

3 terkorban dalam gempa bumi kuat di Iran
Media turut melaporkan salji tebal di beberapa kawasan terjejas, dengan suhu sejuk serta gangguan bekalan elektrik memburukkan lagi keadaan.

Penjenayah bertopeng diburu kes samun di Banting
Empat suspek terbabit memasuki rumah mangsa dengan cara memanjat pagar sebelum merompak mangsa.

Selangor FC terbang ke Bangkok lawan kelab Thailand
Skuad Gergasi Merah akan terbang ke negara jiran itu dalam siri jelajah pramusim bermula 5 hingga 10 Februari depan.

AR Rahman tampil dengan konsert memukau di Stadium Nasional Bukit Jalil
Penyanyi itu memukau penonton dengan lagu hitnya yang dihasilkannya untuk filem Slumdog Millionaire, yakni 'Jai Ho' dan 'Oh Sayo'.

Pembersihan UMNO: Pemecatan ahli langgar disiplin parti perkara biasa - Ku Li
Menurutnya, amalan itu bukanlah sesuatu yang baharu kerana perkara itu turut berlaku dalam parti lain.

Amaran MetMalaysia | Amaran hujan sangat lebat di Pahang, Johor hingga Isnin
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan sangat lebat berterusan tahap bahaya di Pahang dan Johor sehingga esok. Metmalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan daerah yang terbabit di Pahang adalah Rompin, manakala Johor membabitkan Mersing dan Kota Tinggi.

Aksi tegang Levski Sofia-JDT, perlawanan ditamatkan awal
JDT berjaya mengejutkan pasukan lawan menerusi jaringan pemain import baharu mereka, Juan Muniz, pada minit ke-24.

Ya, saya gagal kendali akaun Najib, kata bekas pegawai bank
Joanna Yu Ging Ping mengaku tidak mendapatkan kebenaran bertulis sebelum berurusan dengan Jho Low.

Kereta mewah, wang RM22,600 milik bekas peguam 1MDB dilucut hak kepada kerajaan
Mahkamah juga membenarkan permohonan pihak ketiga iaitu OCBC Bank (M) Bhd untuk menuntut sebuah kondominium di Mont Kiara yang disita daripada Loo.

Kes pinda laporan audit 1MDB: Keputusan Najib, Arul Kanda bebas atau bela diri pada 3 Mac
Mahkamah Tinggi menetapkan 3 Mac untuk keputusan sama ada Najib dan Arul Kanda dipanggil untuk membela diri atau dibebaskan daripada pertuduhan meminda laporan audit 1MDB.

1MDB: Roger Ng lepas tanpa bebas empat pertuduhan bersubahat dengan Goldman Sachs
Mahkamah Tinggi melepas tanpa membebaskan bekas pegawai bank Goldman Sachs, Roger Ng, daripada empat pertuduhan bersubahat dengan syarikat itu.

Kes SRC: Najib fail petisyen kepada PBB, mohon bebas atau dibicara semula
UNWGAD akan meneliti rayuan sama ada perbicaraan melibatkan Najib dijalankan secara adil atau sebaliknya.

Najib rayu keputusan mahkamah batal samannya terhadap Tommy Thomas
Najib yang memfailkan saman mendakwa, pertuduhan terhadapnya adalah sebahagian daripada langkah yang dirancang lebih awal oleh Thomas.

Bekas pegawai bank tidak berurusan terus dengan Najib
Joanna berkata beliau tidak pernah berurusan secara langsung dengan bekas perdana menteri itu berkenaan akaunnya kerana "protokol".

Tidak curiga jutaan wang dideposit ke akaun Najib kerana beliau Perdana Menteri - Saksi
Joanna Yu Ging Ping dan pihak atasannya tidak mensyaki dana itu daripada sumber haram kerana pemegang akaun adalah Najib.

Jho Low 'jual diri' sebagai lepasan Wharton, jumpa pelbagai personaliti
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa Jho Low, telah dibuang daripada Wharton School, University of Pennsylvania.

Najib beri keterangan dalam kes Shahrir pada 22 Dis
Datuk Seri Najib Tun Razak akan memberi keterangan sebagai saksi pendakwaan pada perbicaraan kes Tan Sri Shahrir Ab Samad yang berdepan pertuduhan gagal mengisytiharkan RM1 juta diterima.