Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya sehingga anak ketiganya itu menjadi korban.
Malah Solihah Abdullah terkejut dengan pengakuan suspek lelaki 23 tahun yang dianggap seperti adiknya itu kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya.
Katanya, pada hari kehilangan Siti Masitah 30 Januari lalu, lelaki terbabit datang ke rumahnya seperti biasa.
Ketika ditahan penduduk kampung, lelaki itu menafikan dia menaiki motosikal dengan Siti Masitah, walaupun ada penduduk kampung melihat mereka bersama sebelum kanak-kanak itu hilang.
Solihah berkata, dia sudah lama tidak bertemu dengan suspek yang berpindah ke kampung lain sejak dua tahun lalu, dan terkejut melihat kelibatnya di kampung itu pada hari anaknya hilang.
Katanya lagi, sebelum berpindah, lelaki itu juga kerap ke rumahnya untuk makan dan menganggapnya sebagai adik sendiri.
"Demi Allah, saya tidak tahu. Hendak bagi saya Quran itu, dia anak saya pun. Saya berani bersumpah saya tidak pernah bergaduh dengan dia. Tiba-tiba dia bercakap macam itu.
“Sudah buat anak saya macam itu lepas itu cakap macam itu pulak. Demi Allah saya berani sumpah Quran tidak pernah gaduh dengan dia, sikit pun tidak ada,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Bagaimanapun, Solihah berkata dia menyerahkan sepenuhnya kes itu kepada pihak polis.
Pada Sabtu lalu, mayat Masitah ditemui di ladang kelapa sawit Kampung Tanjung Medang Hilir, Pekan, Pahang dalam keadaan tangan terikat.
Mayat yang dijumpai kira-kira tiga kilometer dari rumahnya itu dipercayai mati dibunuh dengan kejam.
Susulan itu polis telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an bagi membantu siasatan.
Astro Awani
Tue Feb 12 2019
Solihah Abdullah terkejut dengan pengakuan suspek lelaki 23 tahun yang dianggap seperti adiknya itu kepada pegawai penyiasat bahawa dia melakukan perbuatan itu atas dasar dendam terhadap keluarganya. - Foto Astro AWANI
Ubah stigma penjawat awam tidak cekap - Pakar
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat ia sebenarnya sebuah nasihat untuk penjawat awam berubah untuk meningkatkan produktiviti.
Ia bagi menghapuskan stigma masyarakat tentang perkhidmatan awam yang dilihat tidak cekap melaksanakan tugas.
Ia bagi menghapuskan stigma masyarakat tentang perkhidmatan awam yang dilihat tidak cekap melaksanakan tugas.
Dana RM30 juta program TVET bukti kerajaan tidak abai masyarakat India - Mitra
Sebanyak RM30 juta yang diperuntukkan bagi Program Khas Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) Masyarakat India (MISI) KESUMA-MITRA.
Penjawat awam tidak boleh selesa, perlu penilaian berkala
Penjawat awam tidak boleh terlalu selesa dengan prestasi sedia ada, kerana kenaikan gaji juga bermakna perlu menambah baik perkhidmatan sedia ada untuk rakyat.
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat antara yang boleh dilakukan ialah penilaian berkala prestasi kerja perlu dilakukan.
Pakar dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK, Prof Dr Roselina Ahmad Saufi berpendapat antara yang boleh dilakukan ialah penilaian berkala prestasi kerja perlu dilakukan.
Pantau Belanjawan: Penjawat Awam: Antara gaji, produktiviti & kemampuan
Gaji penjawat awam naik lebih 13 peratus, tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam. Bagaimana langkah ini dapat meningkatkan kesejahteraan pekerja serta mendorong produktiviti perkhidmatan awam negara selepas ini? Kupasan bersama Felo Kehormat Institut Masa Depan Malaysia, Datuk Dr Madeline Berma.
MAIWP sumbang lebih RM16 juta kepada asnaf sempena Aidilfitri tahun ini
Sumbangan khas sempena Hari Raya itu melibatkan 32,250 asnaf di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Google bayar Apple hingga AS$20 bilion pada 2022, kekal enjin carian utama Safari
Google sedia bekerjasama dengan Apple untuk menjadi enjin carian utama dan pembayaran dilihat meningkat dari tahun ke tahun.
Angka kematian lebuh raya runtuh di China meningkat kepada 36
Angka kematian akibat sebahagian lebuh raya di wilayah Guangdong, selatan China runtuh meningkat kepada 36 orang, kata pihak berkuasa tempatan, lapor Xinhua.
PRK Kuala Kubu Baharu: Tular pula isu hutang, calon PN enggan jawab
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Bharu, Khairul Azhari Saut sekali lagi terpalit dakwaan hutang melibatkan perkhidmatan kredit komuniti.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 1.21 mata kepada 1,574.76 daripada 1,575.97 pada Selasa.
UUM dan tiga wilayah di Selatan Thailand rintis kerjasama pendidikan tinggi
Kerjasama yang diberi keutamaan ialah latihan perguruan dan kursus berkaitan bahasa Inggeris bagi pelajar dan tenaga pengajar.
Tak tahu punca dendam, saya sanggup junjung Quran - Ibu Siti Masitah
Ibu kanak-kanak yang ditemui mati terikat, Siti Masitah Ibrahim, 11, sanggup bersumpah dengan menjunjung Al-Quran kerana tidak mengetahui apakah dendam antara suspek dan keluarganya.