awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
Ketua Staf Starmer letak jawatan susulan skandal Mandelson
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Saya tak nak vaksin 'duduk' dalam peti sejuk"- Khairy

Astro Awani
Astro Awani
28/06/2021
05:10 MYT
"Saya tak nak vaksin 'duduk' dalam peti sejuk"- Khairy
Khairy berkata kerajaan bersetuju membenarkan kerajaan negeri Selangor memulakan program vaksinasi sebagai complement kepada PICK. - Foto Astro AWANI
TANJONG KARANG: Setiap kerajaan negeri perlu meningkatkan kapasiti penggunaan vaksin COVID-19 masing-masing melebihi 90 peratus bermula bulan depan.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin menjelaskan, langkah itu susulan lebih banyak vaksin yang dijangka tiba dan diedarkan ke Pusat Penerimaan Vaksin (PPV) pada Julai.
Justeru katanya, beliau tidak mahu vaksin yang diedarkan 'duduk' dalam peti sejuk sahaja.
"Kita tidak ada pilihan, vaksin banyak sampai bulan Julai, tak lama lagi. Saya tak nak vaksin itu 'duduk' dalam peti sejuk. Kalau tidak ada PPV, maka kadar penggunaan kita akan jatuh.
"Jadi saya telah minta setiap negeri supaya penggunaannya adalah 90 peratus ke atas. 10 peratus tu kena ada buffer sebab kalau guna 100 peratus sehari, maka kosonglah nanti. So kena ada buffer sikit," katanya dalam sidang media selepas melawat PPV Tanjong Karang pada Isnin.
Bagi menjayakan usaha itu, lebih banyak PPV di setiap daerah pada bulan depan.
Dalam pada itu, kerajaan bersetuju membenarkan kerajaan negeri Selangor memulakan program vaksinasi sebagai complement kepada PICK.
"Perkara ini telah dimaklumkan kepada saya, Selangor yang mahu menjadi complement kepada PICK dan saya bersetuju ia dimulakan, cuma ia perlu diselaraskan dari segi pelaporan supaya tidak ada pelaporan bertindih.
"Mereka yang sudah dapat vaksin direkodkan dalam MySejahtera supaya angka keseluruhan dapat dilaporkan," ujarnya lagi.
Tambah beliau, program vaksinasi negeri Selangor secara perintis dilaksanakan selepas hasrat kerajaan negeri itu mahu membeli vaksin daripada Pharmaniaga sebelum ini.
"Saya kata, mereka kena selesaikan penghantaran sepenuhnya kepada PICK dulu, selepas itu bolehlah dijual kepada kerajaan negeri.
"Selangor minta mahu dibuat secara perintis. Sebab itu semalam dimulakan program perintis itu di satu PPV. It's okay, ia membantu kerajaan juga," kata Khairy.
Topic Berkaitan
#Khairy Jamaluddin
#COVID-19
#program vaksinasi
#vaksin
#Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan
#PPV
#MySejahtera
#PICK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan