Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua membayangkan dirinya kehilangan kerusi Parlimen Batu seandainya hukuman sama dikenakan hukuman denda RM5,000 yang dijatuhkan mahkamah kepada aktivis Hishamuddin Md Rais atas kesalahan di bawah Akta Hasutan.
Katanya yang juga Ahli Parlimen Batu, apa yang dihadapi Hishammuddin pada Jumaat berkemungkinan akan dihadapinya dalam masa terdekat namun hukuman yang bakal diterimanya akan memberi impak lebih besar kepada kawasan Parlimennya.
"Kalau Hishamuddin didenda RM5,000, saya juga mungkin dikenakan hukuman sama namun ia sekaligus akan menggugurkan kerusi Parlimen Batu.
"Mahkamah akan menggunakan keputusan sama atau hampir sama untuk hukuman saya nanti. Undang-undang menyatakan seorang Ahli Parlimen boleh kehilangan kerusi jika didenda RM2,000 dan bayangkan jika saya didenda RM5,000...pasti gugur kelayakan Ahli Parlimen Batu saya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Tian Chua mengulas keputusan yang dijatuhi Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur terhadap Hishamuddin pada Jumaat selepas didapati bersalah memberi ucapan berbaur hasutan dalam satu ceramah pada 13 Mei 2013.
Pada 29 Mei 2013, Hishamuddin bersama lima aktivis lain didakwa memberi ucapan menghasut bagi membangkitkan rakyat negara ini supaya mengubah kerajaan yang tertubuh mengikut undang-undang, dengan cara tidak sah.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Jalan Maharaja Lela, Dang Wangi di sini antara pukul 8.55 malam dan 11.15 malam, 13 Mei 2013.
Hishamuddin didakwa atas pertuduhan itu bersama-sama Tian Chua; Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia, Muhammmad Safwan Anang @ Talib, 25; ahli Pas, Mohd. Tamrin Abdul Ghafar, 64, dan peguam, Haris Fathillah Mohamed Ibrahim, 55.
Bagaimanapun perbicaraan kes mereka dijalankan secara berasingan.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Tian Chua sebelum ini dilihat sudah hilang kelayakan untuk menyandang kerusinya kerana kesalahan mencederakan seorang anggota polis pada 2007.
Bagaimanapun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, Tian Chua kekal sebagai Ahli Parlimen Batu walaupun Mahkamah Sesyen di sini mendapati beliau bersalah terhadap pertuduhan melanggar Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.
Kata Abdul Aziz, peraturan itu tidak terpakai ke atas Tian Chua kerana dia dihukum penjara sebulan dan denda RM1,000.
Pada 2013, Tian Chua turut menghadapi pertuduhan kerana menyebut perkataan menghasut dengan membuat empat kenyataan berhubung isu insiden Lahad Datu.
Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa seseorang anggota Dewan Rakyat boleh hilang kerusi dimenanginya jika dihukum penjara tidak kurang daripada satu tahun atau denda tidak kurang RM2,000 dan ia tidak mendapat pengampunan.
Astro Awani
Sun Jan 11 2015
TIAN CHUA: Saya terbayang hilang kerusi Parlimen Batu - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
MTVET: Keperluan suruhanjaya, akta khusus untuk pantau keberkesanan - Pakar
Majlis TVET Negara diharapkan dapat membawa kepada penubuhan Suruhanjaya TVET Negara dalam masa terdekat yang akan memantau segala aktiviti bidang tersebut dan menubuhkan akta-akta berkaitan.
Akta Media Sosial perlu dinamik, merentas masa - Pakar
Akta-akta sedia ada boleh dimanfaatkan untuk mengawal penggunaan media sosial dalam kalangan kanak-kanak.
Isu 3R: Kerajaan adakan perbincangan dengan pelbagai pihak Jumaat ini
Perbincangan itu bertujuan menangani pihak tertentu yang sengaja mencetuskan provokasi melampau mengenai isu berkenaan.
Agong perkenan 14 akta diluluskan Parlimen
Ini termasuk Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 mengenai peruntukan Larangan Ahli Parlimen Bertukar Parti.
Kaum lelaki mangsa keganasan rumah tangga dilindungi undang-undang
Sesiapapun mangsa, tidak kira wanita atau lelaki, mempunyai hak untuk dilindungi seperti termaktub dalam Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 (Akta 521).
Gubal segera akta berkaitan ketum
Negara memiliki pokok ketum berkualiti tinggi, namun manfaat herba berkenaan dibolot negara jiran, iaitu Thailand.
Perkenalkan pilihan raya pecat wakil rakyat lompat parti - Azalina
Kerajaan digesa mempertimbangkan pilihan raya bagi memecat wakil rakyat atau recall election bagi menghalang mereka yang lompat parti, kata Datuk Seri Azalina Othman Said.
Jangan terpedaya gimik jualan murah produk di internet - MCMC
Produk yang dijual juga tidak tertakluk kepada akta dalam negara selain sesetengah daripadanya mempunyai kecenderungan untuk menyerupai produk berjenama.
SPRM syor wujudkan akta wajib isytihar harta
Sehingga kini, tiada sebarang hukuman jelas boleh diambil terhadap mereka yang tidak mengisytiharkan harta.
Gubal akta anti lompat parti perlu sokongan dua pertiga - Takiyuddin
Takiyuddin menjelaskan, sekiranya perkara berkenaan tidak dipinda, ia boleh dicabar oleh mana mana pihak di mahkamah.