Anggota militan Daish, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi menyangkal dakwaan bahawa dia telah memberikan arahan untuk melancarkan serangan di negara ini.
Muhammad Wanndy yang dinamakan polis sebagai dalang yang mengarahkan serangan terhadap pusat hiburan di Puchong bulan lalu, nafi mereka yang tertangkap itu telah mendapat arahan darinya.
"Ia adalah tuduhan berat yang dilontarkan dan usaha untuk mengkambing hitamkan para ikhwan yang tertangkap. Mereka telah mereka-reka cerita semata-mata untuk memusing fakta penangkapan dan mengalihkan perhatian rakyat dari isu semasa Malaysia yang semakin parah.
"Mereka yang ditangkap cuma penyokong biasa yang menyatakan sokongan kepada khilafah Islam dan mereka tidak pernah sesekali mendapat arahan dari ana untuk menyerang pemimpin dan para hakim," katanya dalam posting di Facebook.
Bagaimanapun, Muhammad Wanndy yang berasal dari Melaka itu turut menyatakan, serangan berskala besar akan dilancarkan jika para anggota militan itu yang ditahan, dihukum.
"Kami tidak teragak-agak untuk melancarkan serangan berskala besar untuk membalas semula apa yang telah ditimpakan kepada ikhwan-ikhwan yang teraniaya," katanya.
Menurut sumber risikan, tindakan Muhammad Wanndy memberi amaran lebih bersifat peribadi berikutan abangnya Mohamed Danny Mohamed Jedi, 28, yang menyalurkan dana kewangan kepadanya didakwa di Melaka 15 Jun lalu.
Tindakan itu sekaligus membuatkan Wanndy yang dikenali dengan nama Abu Hamzah Al-Fateh di Syria memberikan arahan untuk melancarkan serangan di negara ini.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini menyatakan Wanndy bertanggungjawab mengarahkan serangan pada 28 Jun lalu di Modiva, yang menyaksikan lapan orang cedera dengan seorang parah.
Polis turut menahan 15 individu termasuk dua anggota polis pada 28 Jun hingga 1 Julai lalu dan meraka merancang menyerang pemimpin negara.
Militan Daish dalam video propaganda bulan lalu mereka berdurasi 21 minit baru-baru ini mengistiharkan perang terhadap Malaysia dan Indonesia dan berhasrat menjatuhkan para pemimpin dan kerajaan.
Sementara itu, Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun berkata militan Daish di Malaysia tidak mempunyai keupayaan melancarkan serangan berskala besar namun pihaknya tidak memandang mudah sebarang bentuk ancaman yang dibuat.
"Mereka kini sedang cuba mempelajari cara-cara membuat bahan letupan daripada negara jiran. Tetapi kita sentiasa memantau kegiatan mereka ini," katanya kepada Astro AWANI.
Hakim Rahman
Tue Jul 05 2016
Gambar Muhammad Wanndy (kiri) yang dimuatnaik di akaun Facebooknya.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Ketua Daish Abu Bakr al-Baghdadi terbunuh dalam operasi tentera AS
Ketua kumpulan militan Daish, Abu Bakr al-Baghdadi disahkan terbunuh dalam operasi kenteraan di Syria yang diketuai Amerika Syarikat pada Ahad.
Lelaki letupkan diri berhampiran lapangan terbang Bangladesh
Seorang lelaki meletupkan dirinya di hadapan sebuah pusat pemeriksaan polis berhampiran lapangan terbang antarabangsa Bangladesh.
Daish mengaku lancar serangan di kelab malam Istanbul
Polis mengedarkan foto hitam putih yang didakwa penyerang solo terbabit yang diambil daripada rakaman kamera keselamatan.
Serangan udara AS bunuh tiga pemimpin kanan Daish
Dua daripada mereka terlibat dalam serangan keganasan di Paris pada 2015.
Kor Polis Tentera Diraja diseru tidak terlibat kumpulan pengganas Daish
KPTD dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan dakyah dan penipuan pengganas Daish yang menyasar angkatan tentera menyertai kumpulan militan itu.
80 peratus pengikut Daish golongan belia berumur bawah 40 tahun
Kira-kira 80 peratus pengikut kumpulan militan Daish, yang dikenal pasti di negara ini dari 2013 hingga 2015, terdiri daripada golongan berumur bawah 40 tahun.
Polis marin tingkat kawalan keselamatan di perairan negara
Pasukan Polis Marin (PPM) meningkatkan kawalan keselamatan di beberapa laluan perairan negara, yang dipercayai digunakan kumpulan militan Daish untuk masuk ke negara ini.
Daish: Kawalan pertahanan dipertingkat susulan serangan tentera bersekutu
Wujud kemungkinan anggota militan Daish akan pulang ke negara asal atau mencari perlindungan di negara tertentu sekiranya serangan itu melumpuhkan mereka.
Tentera Iraq tingkatkan tekanan ke atas Daish
Tentera Iraq meningkatkan tekanan kepada saki baki anggota kumpulan Daish di Negara Teluk itu.
'Saya tidak arahkan serangan di Malaysia' - Militan Daish
Militan Daish, Muhammad Wanndy Mohamed Jedi menafikan penglibatnya mengarahkan serangan terhadap pusat hiburan di Puchong.