Sesiapa sahaja boleh mengutarakan pandangan, namun apa yang lebih penting ialah perbincangan rasmi yang dibuat antara dua negara.
Itu komen Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berhubung pandangan bekas diplomat Singapura, Bilahari Kausikan berkaitan pembukaan semula sempadan Malaysia-Singapura pasca COVID-19.
"Saya tidak kenal siapa dia. Bagi saya, apa yang penting adalah perbincangan saya dengan Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.
"Dalam perbincangan kami, apa yang perlu diberi perhatian ialah prosedur operasi standard (SOP) dan protokol kesihatan yang akan memberi kesan kepada rakyat Singapura dan Malaysia.
"Kedua-dua negara perlu mengambil langkah berhati-hati bagi memastikan pembukaan semula sempadan dan pergerakan orang ramai berjalan lancar dan selamat," kata Hishamuddin dalam sidang media berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN ke-36, pada Khamis.
Bilahari, yang juga merupakan Pengerusi Institut Timur Tengah di Universiti Nasional Singapura sebelum ini memuat naik satu entri di Facebook menyokong kenyataan Vivian yang menentang pembukaan sempadan kedua-dua negara tanpa sekatan.
"Betul. Jika tidak, mereka akan 'membawa' masalah mereka kepada kita," tulis Bilahari.
Vivian, dalam satu temuramah bersama CNA sebelum itu memaklumkan adalah mustahil untuk Singapura membuka sempadan tanpa sebarang sekatan atau pengujian terhadap orang ramai yang keluar masuk.
"Saya rasa itu (tindakan) tidak bijak. Tetapi kita boleh membuka sempadan secara berperingkat, mengambil langkah keselamatan seperti membuat pengujian dan melakukan penjejakan kontak kerana apabila sempadan dibuka, risiko jangkitan juga akan meningkat," kata Vivian.
Madiha Abdullah
Thu Jun 25 2020
Hishamuddin berpendapat apa yang lebih penting ialah perbincangan rasmi antara Malaysia dan Singapura. - Astro AWANI / Shahir Omar
AirAsia terus sokong inisiatif FLYsiswa, permohonan baucar kini dibuka
Pelajar kini punya akses ke 47 laluan di seluruh rangkaian domestik AirAsia, menghubungkan Semenanjung ke Sabah, Sarawak dan Labuan.
Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dapat tarik FDI daripada syarikat multinasional - Maybank IB
Johor mempunyai tenaga buruh yang kompetitif, tanah yang banyak dan sumber tenaga yang lebih murah.
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
'Saya tidak kenal Bilahari Kausikan' - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berpendapat apa yang lebih penting ialah perbincangan rasmi antara Malaysia dan Singapura.
Kenyataan bekas diplomat Singapura, Bilahari Kausikan angkuh! - Yusmadi
Ahli Dewan Negara, Yusmadi Yusoff menganggap kenyataan yang dilakukan oleh bekas diplomat Singapura, Bilahari Kausikan baru-baru ini adalah tidak bertanggungjawab.