Isteri perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menegaskan bahawa beliau tidak pernah mempunyai akaun laman sosial, khususnya Facebook dan Twitter.
Sehubungan itu, Rosmah mengingatkan orang ramai untuk tidak terpedaya dengan mana-mana laman sosial yang menurutnya, terdapat 20 akaun Facebook menggunakan namanya.
"Saya tidak pernah mendaftar akaun Facebook. Saya tak ada Twitter. Cuma ada (telefon bimbit) Samsung yang antik. Asalkan boleh buat panggilan, terima panggilan... hantar dan jawab SMS (khidmat pesanan ringkas).
"Kalau ada baca (laman sosial atas nama saya), maknanya telah kena tipu. (Jika) ada apa-apa dengan saya, tanya secara berdepan. Cakap perkara yang betul, jangan cakap bohong," katanya.
Rosmah berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Tahunan Bersama Penaung Skuad Sayang Kebangsaan di Dewan Tun Dr Ismail bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Turut hadir Ketua Pesuruhjaya Skuad Sayang Kebangsaan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil, yang juga ketua Wanita UMNO dan Naib Ketua Wanita UMNO Datuk Azizah Mohd Dun.
Rosmah berkata kewujudan akaun Facebook palsu itu 'memberi semangat' kepadanya untuk menghadiri sesi ucaptama Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Facebook Mark Zuckerberg pada Sidang Kemuncak CEO 2016 di Lima, Peru, baru-baru ini.
Semangat untuk berjumpa dengan Zukerberg menyebabkan beliau ditegur suaminya Datuk Seri Najib Tun Razak yang 'hairan' melihat beliau sanggup keluar awal pagi sedangkan mereka tiba lewat di Peru, tambahnya.
"Saya jawab (kepada Najib) yang saya nak tanya soalan pada Zuckerberg iaitu 'Anda (Zukerberg) perlu ada mekanisme untuk mengesan akaun Facebook yang palsu'. Saya tunggu tapi tak ada sesi soal jawab.
"Saya tanya juga pada pegawai jika saya boleh bertanya kepada beliau tetapi pegawai cakap tak boleh sebab dia perlu bergegas ke tempat lain. Saya nak tanya kerana Facebook pun ada kekurangan," katanya.
Dalam pada itu, Rosmah yang juga penaung Skuad Sayang mengingatkan anggota skuad itu untuk menguasai media sosial kerana fenomena gelombang media sosial baharu telah mentransformasikan landskap politik negara.
"Gunakan saluran media sosial yang strategik dengan optimum dalam menguar-uarkan usaha kita. Gunalah media sosial sebagai senjata maya kita untuk menyalurkan maklumat yang benar dan mematahkan fitnah dan tohmahan pembangkang," katanya.
Rosmah berkata langkah itu sesuai memandangkan kajian Landskap Digital Malaysia 2016 melaporkan 69 peratus atau 21 juta daripada 31.5 juta populasi daripada rakyat Malaysia merupakan pengguna Internet.
Daripada jumlah itu, katanya 68 peratus atau 21 juta adalah pengguna aktif media sosial paling popular seperti Facebook, Twitter dan YouTube, dan secara purata rakyat Malaysia menggunakan Internet selama 5.1 jam sehari dan 2.8 jam untuk melayari laman sosial.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 28 2016
Datin Seri Rosmah berkata beliau tidak pernah mendaftar akaun media sosial seperti Facebook dan Twitter. - Gambar fail
Tiga warga Bangladesh dipercayai dalang utama sindiket pemerdagangan manusia ditahan
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan tiga lelaki dan seorang wanita warga Bangladesh dipercayai menjadi dalang utama sindiket pemerdagangan manusia yang berpusat di ibu negara.
AWANI 7:45 [14/12/2024] – Kecuaian kritikal | Laporan lengkap minggu depan | Tengku Zafrul belum jumpa
Laporan berita padat dan ringkas AWANI 745 bersama Luqman Hariz
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
1. Bendera Malaysia terbalik di jersi Zii Jia, kesilapan yang ketara.
2. Laporan beku jenazah bayi dibentang pada mesyuarat Kabinet.
3. Jangan ambil ahli UMNO, Tengku Zafrul belum keluar parti.
4. Warga emas rugi hampir 1.6 juta ringgit, mangsa jenayah dalam talian.
AWANI Ringkas: Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 14 Disember 2024
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
1️⃣ 187 siasatan oleh pihak berkuasa tahun ini - CIJ
2️⃣ Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
3️⃣ SAPP mahu hanya parti Sabah bertanding dalam PRN17
#awaniringkas
Agenda AWANI Asia: Pemeliharaan Warisan Budaya Tidak Ketara
Apakah usaha signifikan melindungi warisan budaya tidak ketara? Bagaimana jaringan kerjasama dapat dilakukan demi meningkatkan kesedaran untuk memelihara warisan budaya serantau? Ikuti diskusi dan analisis dalam Agenda AWANI Asia 9 malam ini.
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Pekebun rugi RM120,000 terperdaya pelaburan tidak wujud
Lelaki berusia 51 tahun itu tertarik dengan pelaburan yang diiklankan di laman Facebook, yang menjanjikan keuntungan sebanyak 80 peratus kepada peserta, manakala bakinya menjadi milik syarikat.
Rakyat Pahang dinasihat berwaspada dan patuh arahan pihak berkuasa
Rakyat Pahang khususnya yang menetap di kawasan berisiko banjir diminta lebih berwaspada dan mematuhi arahan pihak berkuasa termasuk bersedia untuk berpindah ke PPS yang ditetapkan.
Platform media sosial perlu tegas patuh garis panduan had umur - Fahmi
Kerajaan akan terus memberikan penegasan kepada penyedia-penyedia platform media sosial, untuk melakukan tindakan berdasarkan garis panduan had umur yang ditetapkan.
KPT gerakkan 558 sukarelawan MASKUM ke Kelantan bagi misi bantuan pascabanjir
Sebanyak 558 ahli Majlis Kesukarelawanan Universiti Malaysia (MASKUM) ditempatkan di Kelantan selama tiga hari hingga esok bagi membantu penduduk terjejas banjir.
MCMC tangani 2,444 laman sesawang, kandungan unsur pelacuran sejak Januari 2022 - Fahmi
MCMC dengan kerjasama penyedia platform seperti Meta, Telegram dan TikTok telah menangani 2,444 laman sesawang dan kandungan berunsur pelacuran sejak Januari 2022.
Agong, Raja Permaisuri berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil Almarhum Tunku Jalil
Agong dan Raja Permaisuri hari ini berkenan berangkat ke majlis bacaan Yasin dan tahlil sempena ulang tahun kemangkatan Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil.
PM terima kunjungan Setiausaha Agung, bincang persediaan Kepengerusian ASEAN 2025
Anwar hari ini menerima kunjungan hormat Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn di Putrajaya bagi membincangkan perihal persediaan dan penyelarasan menjelang Kepengerusian ASEAN Malaysia tahun depan.
Penganggur jadi mangsa sindiket penipuan kerja sambilan dalam talian hilang RM43,351
Seorang lelaki warga tempatan berusia 30an mengalami kerugian RM43,351 selepas menjadi mangsa terbaharu jebakan penipu yang menawarkan kerja sambilan secara atas talian.
Peniaga rugi lebih RM14,000 terperdaya sindiket penipuan di Facebook
Seorang peniaga mengalami kerugian sebanyak RM14,274 akibat diperdaya oleh sindiket penipuan di laman sosial, Facebook.
Polis tahan tujuh kanak-kanak main basikal lajak secara berbahaya
Polis menahan tujuh kanak-kanak lelaki kerana bermain basikal lajak di kawasan Lebuh Relau 4 di sini hingga mengganggu ketenteraman dan membahayakan pengguna jalan raya lain.