KUALA NERUS: Seorang warga Palestin yang baru menamatkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) di sini terputus hubungan dengan keluarganya di Gaza sejak tiga hari lalu.
Emad Saleem, 41, berkata, setakat ini isterinya, Mariam Mohamed, 34, serta dua anak lelakinya iaitu Saleem Emad Saleem, 12, dan Kareem Emad Saleem, 10, tidak dapat dihubungi menyebabkan dia tidak mengetahui sama ada mereka masih hidup atau terkorban dalam peperangan itu.
Menurutnya, situasi itu berlaku susulan tindakan Israel melakukan kepungan menyeluruh ke atas penduduk Gaza termasuk memutuskan bekalan elektrik, makanan dan air di kawasan berkenaan.
"Ini saat paling sukar buat saya. Saya tak dapat sebarang khabar berita. Kali terakhir saya bercakap dengan anak lelaki saya tiga hari lepas. Waktu tu dia beritahu saya serangan di situ terlalu dahsyat dan mereka boleh mati bila-bila masa sahaja.
"Dia juga meminta supaya saya segera pulang dan dapat membawa mereka keluar dari kawasan bergolak itu," katanya ketika ditemui pemberita pada Himpunan Solidariti bersama Palestin @UniSZA di pekarangan Pusat Aktiviti Pelajar di sini, petang Khamis.
Emad yang menamatkan pengajian dalam jurusan Perakaunan dan Kewangan awal Oktober lalu berkata, konflik yang berlaku di Palestin kali ini tidak diduga dan memberi kesan mendalam buat dirinya.
"Saya kini terkandas, tidak dapat berbuat apa-apa. Perasaan saya meronta untuk segera pulang ke sana dan membawa mereka keluar dari kawasan itu.
"Entahkan hidup entahkan mati. Semua perhubungan terputus. Lebih memilukan apabila saya menerima berita sekurang-kurangnya 10 saudara mara saya telah terkorban dalam peperangan kali ini.
"Saya harap peperangan ini segera berakhir agar saya dapat kembali semula kepangkuan keluarga saya sekiranya mereka masih ada," ujarnya sayu.
Menurut Emad, isterinya yang bekerja sebagai guru, anak, ibu dan adik lelakinya tinggal bersama-sama dalam sebuah bangunan di Gaza.
"Dalam peperangan sebelum ini saya kehilangan ayah, kakak dan abang setelah tentera Israel melakukan serangan berdekatan kediaman kami.
"Ibu saya berdepan saat sukar di sana. Dengan pelbagai kekangan kesan dari peperangan yang berlaku. Syukurlah, walau dalam keadaan getir itu dia tidak pernah ketinggalan menghabiskan bacaan al-Quran setiap minggu," luah Emad.
Sementara itu, Ketua Projek Himpunan Solidariti bersama Palestin @UniSZA, Muhammad Aliff Muqri Kamal berkata, seramai 300 peserta menghadiri himpunan yang diadakan itu.
Menurutnya, program itu dianjurkan bagi menyatakan pendirian dan sokongan golongan mahasiswa terhadap mujahidin di Palestin serta saudara Islam di negara itu yang kini ditindas.
"Program hari ini mendapat penyertaan mahasiswa dari kesemua 11 buah fakulti pengajian di UniSZA, tidak mengira bangsa dan agama serta warna kulit.
"Isu yang berlaku di Palestin ini lebih daripada apa yang kita bayangkan. Bukan hanya melibatkan soal agama malah melibatkan nilai kemanusiaan dan keadilan yang terus dinafikan terhadap mereka sejak sekian lama," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Oct 13 2023
Emad (kiri) terputus hubungan dengan isteri dan dua anak mereka selepas dia menyambung pengajian di Malaysia dan Palestin diserang rejim Israel sejak Sabtu lalu. - Foto Sinar Harian
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Malaysia alu-alukan dua resolusi PBB tegakkan hak asasi mutlak rakyat Palestin
Malaysia teguh dengan pendirian berprinsip mendukung hak rakyat Palestin untuk membentuk sebuah negara merdeka dan berdaulat.
Pemimpin G20 gesa gencatan senjata menyeluruh, perluasan bantuan kemanusiaan untuk Gaza
Pemimpin G20 menekankan keperluan mendesak untuk memperluaskan aliran bantuan kemanusiaan, memastikan perlindungan orang awam dan menghapuskan semua kekangan.
Jurucakap Hezbollah, Mohammad Afif maut dalam serangan Israel di Lubnan
Mohammad Afif terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah bangunan di tengah Beirut, Lubnan.
“Sudah sampai masanya perang di Gaza ditamatkan” - Setiausaha Negara AS
Tebusan Israel harus dibebaskan dan satu rancangan jelas perlu diwujudkan untuk Israel berundur dari Gaza tanpa membenarkan Hamas kembali mentadbir di wilayah itu.
[KOLUMNIS] Kezaliman Zionis di bumi Palestin dan tindakan kita
Pengusiran orang-orang Arab Palestin dari tanah air mereka adalah perancangan utama Zionis Israel dan telah mengakibatkan orang Arab Palestin kekal menjadi pelarian sehingga hari ini.
Kehidupan di Gaza mustahil untuk diteruskan - Pelapor Khas PBB
Keadaan di Gaza jauh berbeza jika dibandingkan dengan perang di Ukraine, Syria mahupun Iraq sebelum ini.
Trump kembali ke White House, apa masa depan rakyat Gaza?
Amerika patut berhenti salur bantuan ketenteraan pada Israel dan perlu patuhi undang-undang antarabangsa yang sama tidak mengira siapa yang memegang jawatan nombor satu negara itu.
Qatar gantung peranan sebagai perantara Israel dan Hamas
Peranan berkenaan akan disambung semula apabila Hamas dan Israel "menunjukkan kesediaan" untuk berunding mengenai gencatan senjata dan pembebasan tebusan.
Kebuluran hampir berlaku di utara Gaza - Ketua WHO
"Terdapat kemungkinan besar bahawa kebuluran akan berlaku di utara Semenanjung Gaza," kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Selepas berbulan bersengketa, akhirnya Netanyahu pecat Menteri Pertahanan Israel, Yoav Gallant
Pemecatan berlaku selepas Netanyahu hilang kepercayaan ke atas Gallant yang disifatkannya tidak sependapat dengan beliau dalam banyak hal.