awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab

Sinar Harian
Sinar Harian
30/11/2023
10:53 MYT
'Saya trauma, mahu tuntut keadilan' - Wahab
Abdul Wahab bersama peguamnya hadir ke IPD Kajang untuk membuat laporan polis. - Gambar/ Sinar Harian
KAJANG: Penolong Pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Abdul Wahab Abdul Kadir Jilani mendakwa tindakannya membuat laporan polis adalah mahu membersihkan namanya dalam kes tular rakaman video perbualan berbaur lucah yang dikaitkan dengan bekas Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.
Abdul Wahab, 33, berkata, dia mengakui dirinya tertekan serta trauma dengan apa yang berlaku membabitkan dirinya dalam kes berkenaan.
"Saya tertekan, saya trauma apalah nak cakap itu sahaja, saya buat semua ini (laporan polis) kerana hendak membersihkan nama dan menuntut keadilan," katanya selepas selesai membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, di sini, pada Khamis.
Abdul Wahab berkata, dia bagaimanapun pada masa ini tidak dapat memastikan status kerjayanya di J-KOM susulan daripada kes berkenaan.
Dia turut berpuas hati dengan tindakan polis yang berusaha melengkapkan siasatan selepas dimaklumkan bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara, pada Jumaat.
Abdul Wahab hadir bersama peguamnya Faizal Abd Rahman, sekitar jam 11 pagi, kemudian dia dilihat keluar pada 4.45 petang selepas selesai dirakam keterangan di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Kajang.
Sebelum ini dalam satu sidang media, Abdul Wahab mendedahkan tindakan merakam perbualan antara dirinya dan Mohammad Agus didalangi seorang individu yang dikenali sebagai Mr H.
Kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan atas kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Wahab
#laporan polis
#J-KOM
#Wahab trauma
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan