SIK: Seorang pegawai polis Cawangan Khas (SB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah maut selepas terkena tembakan sewaktu operasi menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram di kawasan Kompartmen 124 Hutan Simpan Ulu Muda, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Sik DSP Abdull Razak Osman berkata pihaknya menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas kira-kira 10 pagi tadi.
"Siasatan awal mendapati sepasukan polis daripada IPD Sik, anggota Cawangan Khas IPK Kedah dan pasukan Pejabat Hutan Daerah Kedah Tengah bersama orang awam telah memasuki kawasan Hutan Simpan Ulu Muda, pada pukul 12 tengah hari, 27 Februari lepas.
"Mereka bermalam di kompartmen 103, Hutan Simpan Ulu Muda untuk menyiasat pencerobohan dan pemburuan haram yang dipercayai berlaku di kawasan tersebut," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Menurutnya kira-kira pukul 3 petang semalam, mangsa bersama dua orang awam bergerak ke kompartmen 124 di dalam kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dengan menggunakan kenderaan awam untuk membuat pemerhatian dan menjalankan siasatan.
"Bagaimanapun sehingga pukul 6.30 petang, mereka didapati belum pulang ke tempat penginapan yang terletak di kompartmen 103.
"Seterusnya usaha mencari mereka telah dijalankan oleh anggota pasukan yang lain namun hanya menjumpai kenderaan yang digunakan di persimpangan di antara kompartmen 124 dan 125," katanya.
Abdull Razak berkata pada 5 pagi tadi, mangsa telah dibawa balik ke kompartmen 103.
"Siasatan lanjut mendapati ketika kejadian berlaku, mangsa dan dua orang awam dipercayai tersesat akibat cuaca gelap dan bunyi letupan kedengaran pada pukul 2 pagi tadi dan dipercayai mengenai mangsa pada bahagian hadapan.
"Mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Sik untuk tindakan lanjut dan mangsa disahkan telah meninggal dunia," katanya.
Beliau berkata susulan kejadian itu, seorang lelaki berusia 65 tahun, yang merupakan orang awam yang pergi bersama mangsa, ditahan bagi membantu siasatan.
"Siasatan lanjut masih dijalankan dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 304 Kanun Keseksaan bagi mengenal pasti punca tembakan yang menyebabkan kematian mangsa," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 29 2024
Ketua Polis Daerah Sik menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas.
Jemaah haji diingatkan tidak terlibat aktiviti politik
Selain nasihat berwaspada dengan cuaca panas, bakal haji yang berada di tanah suci dingatkan hanya tumpukan kepada ibadah sahaja dan elak daripada terlibat dalam aktiviti yang berunsurkan politik
50 pelajar SK Zainab (1) pamer bakat dalam sukan badminton
Kota bharu, Kelantan menjadi destinasi pilihan seterusnya buat Kem Badminton Astro mencari bakat baru. Seramai 50 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Zainab (1) dari darjah empat hingga enam hadir ke Dewan Badminton Tengku Anis, mempamerkan bakat dan kebolehan mereka di atas gelanggang.
The Experts, saji pengalaman rompakan berkeluarga terbesar
Filem The Experts mempertaruhkan jalan cerita yang diinspirasikan kejadian sebenar dan dipadatkan dengan elemen komedi, keluarga dan aksi.
AWANI Ringkas: Serangan balai polis | Bom petrol di pusat hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Perekrutan ahli JI masih berlaku dalam keluarga - Pakar
Prof Dr Mohd Mizan Mohammad Aslam berkata gerakan JI dalam anggota keluarga disifatkan masih efektif walaupun kumpulan terbabit tidak berinteraksi antara satu sama lain.
Orang kampung sekitar Ulu Tiram rasa terancam
Situasi di Kampung Sungai Ulu Tiram, alamat terakhir suspek yang mati ditembak.
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
Firdaus Azil, Wartawan Astro AWANI
KBS harap siasatan insiden serangan terhadap pemain bola sepak diselesaikan
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) berharap siasatan berkaitan insiden serangan melibatkan tiga pemain bola sepak negara baru-baru ini dapat diselesaikan secepat mungkin, kata Menterinya Hannah Yeoh.
FAM pertimbang wujudkan kembali program Harimau Muda
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sedang melihat potensi untuk mewujudkan kembali program Harimau Muda antaranya bertujuan sebagai platform kesinambungan kepada pembangunan pemain muda negara.
Jejas pendapatan nelayan
Cuaca panas dan kering yang panjang di laut untuk mencari rezeki malahan keadaan arus juga menyebabkan pendapatan nelayan pesisir pantai turut terjejas.
Anggap polis sebagai musuh, dipercayai antara punca serangan
Rasa benci terhadap pihak berkuasa, dipercayai menjadi punca kepada serangan pengganas Jemaah Islamiah terhadap Balai Polis Ulu Tiram pada Jumaat, yang telah mengorbankan dua anggota polis.
SB maut tertembak ketika operasi siasat pencerobohan Hutan Simpan Ulu Muda
Ketua Polis Daerah Sik menerima maklumat berkaitan kematian Pegawai Rendah Polis Cawangan Khas IPK Kedah akibat terkena tembakan semasa bertugas.