KUANTAN: Gara-gara terlalu percaya tawaran kerja sambilan dengan komisen tinggi bagi setiap jualan barangan, empat pelajar berputih mata apabila kerugian RM26,557 selepas menjadi mangsa penipuan.
Mangsa berusia antara 20 hingga 28 tahun tampil membuat laporan secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, Temerloh, Bentong dan Rompin.
Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Deputi Superintendan Yap Huat Tian berkata, berdasarkan laporan, mangsa mendakwa menerima tawaran kerja sambilan yang diiklankan melalui laman sosial Facebook, aplikasi WhatsApps dan Instagram.
"Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.
"Pulangan lumayan itu telah menarik minat untuk kesemua mangsa menyertainya dan mangsa diminta untuk membuat pembayaran bagi pembelian barangan melaluinya sindiket terbabit," katanya melalui satu kenyataan pada Khamis.
Huat Tian menjelaskan pihak sindiket telah membuat bayaran pertama dan kedua selepas mangsa selesai membuat jualan.
Tambahnya, tindakan itu dibuat bagi menyakinkan mangsa bahawa keuntungan lumayan sekiranya mereka membeli lebih banyak barangan.
"Kesemua mangsa kemudian membuat tugasan ketiga dan seterusnya, namun mangsa dikatakan tidak terima sebarang bayaran.
"Malah, pihak sindiket memberi pelbagai alasan ketika mangsa menuntut wang keuntungan mereka," katanya.
Beliau berkata, sindiket terbabit mahu mangsa meneruskan tugasan itu dengan mengarahkan mereka membeli barangan lain dan membuat bayaran melalui akaun bank atas nama individu berbeza untuk mendapatkan bayaran keuntungan seterusnya.
Bagaimanapun, mangsa mula curiga apabila terus didesak membeli barangan yang dijual dengan harga semakin tinggi sehingga mereka tidak mampu untuk meneruskan tugasan itu.
"Mangsa menyedari telah ditipu apabila panggilan telefon telah disekat sebelum tampil membuat laporan polis," katanya.
Sehubungan itu, Huat Tian menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan iklan tawaran kerja dalam talian yang menawarkan pulangan lumayan.
"Bagi mengelak ditipu, orang ramai perlu membuat semakan terhadap akaun yang digunakan secara dalam talian melalui portal Mule CCID bagi mengelak menjadi mangsa," katanya lagi
Mohd Zalani Md Atan
Thu May 12 2022

Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.- Gambar hiasan

Tiada tangkapan, rampasan wang daripada 2 pegawai polis di pusat hiburan - Arjunaidi
Kes tersebut akan dirujuk kepada Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard untuk melihat kesalahan dari sudut tatatertib.

KPDNHEP Kuala Lumpur tumpas kegiatan seleweng diesel bersubsidi
Siasatan awal mendapati terdapat sebuah lori 'bonded' membuat pembelian diesel bersubsidi di stesen minyak sekitar Kuala Lumpur.

Emilia diberi amaran tidak guna sijil cuti sakit untuk tidak hadir prosiding
Majistret Nadia Othman juga membatalkan waran tangkap yang dikeluarkan terhadap Emilia, 43, selepas berpuas hati dengan penjelasan wanita itu berhubung ketidakhadirannya.

Banjir Baling: 280,000 akaun pengguna SADA alami gangguan bekalan air
Gangguan di daerah Baling, Kuala Muda dan Kulim berlaku disebabkan kadar kekeruhan air mentah tinggi susulan insiden banjir.

Banjir Baling: 499 mangsa selamat dipindahkan ke PPS - Reezal
Seramai 499 mangsa banjir di Baling, Kedah berjaya diselamat dan dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) oleh pasukan bomba selepas operasi menyelamat ditamatkan secara rasminya.

Pemandu maut tercampak keluar dari lori di lebuh raya
Pemandu lori berkenaan berusia dalam lingkungan 29 tahun tercampak keluar dari lori dan disahkan maut di lokasi kejadian.

Jumlah kelahiran bayi di Sarawak menurun 50 peratus - Timbalan Premier
Punca penurunan mungkin ekoran pembangunan semula jadi, tahap pendidikan yang semakin meningkat, komuniti dan tekanan kerja.

Maut dijerut kabel pengecas telefon: Mangsa samun selamat dikebumi
Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Mengkuang, kira-kira jam 8.50 malam.

N.Sembilan kuat kuasa undang-undang, ambil tindakan tegas terhadap pencemar sumber air
Ia bagi memastikan masyarakat mematuhi sepenuhnya prosedur kawalan air dan penguatkuasaan peraturan berkenaan.

ASEAN berpotensi jadi destinasi pelancongan berkualiti - Nancy
Pada masa hadapan, negara anggota ASEAN boleh memperkukuh kolaborasi dalam pemasaran dan mempromosi tawaran pelancongan di rantau itu.

Scam tawaran kerja sambilan: Empat pelajar rugi RM26,557
Mangsa mendakwa telah dijanjikan keuntungan 20 peratus bagi setiap barangan dibekalkan sindiket yang berjaya dijual.