KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu mengesan modus operandi terbaharu scammer yang menggunakan nama ketua polis negeri itu bagi tujuan penipuan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Terengganu Supt M. Zambri Mahmud berkata taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan satu notis tangkapan kononnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatApps.
"Pihak polis tidak pernah mengeluarkan apa-apa surat arahan untuk membuat tangkapan termasuk notis kehadiran suspek mahupun memo dalaman yang ditandatangani oleh Ketua Polis Terengganu.
"Notis itu dipercayai dilakukan oleh individu yang menyamar sebagai polis untuk diberikan kepada mangsa dan notis palsu tersebut dijadikan sebagai dokumen sebenar bagi tujuan penipuan dan ugutan untuk mendapatkan wang," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Menurutnya, notis palsu itu mengandungi butiran lengkap seperti nama penuh dan nombor kadpengenalan, alamat serta nombor fail kes daripada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu.
M. Zambri berkata kaedah menyamar sebagai polis dan menggunakan notis tersebut untuk membuat tangkapan mampu menakut-nakutkan mangsa yang kononnya mereka akan ditangkap.
Sehubungan itu, pihaknya menasihati orang ramai supaya berhati-hati dengan modus operandi terbaharu scammer.
"Orang ramai diingatkan supaya merujuk kepada balai polis berdekatan jika menerima sebarang notis berbentuk sedemikian," katanya.
Katanya, orang ramai juga boleh menyalurkan maklumat ke CCID Response Centre di talian 03-26101559 dan 03-26101599 dari 8 pagi hingga 8 malam setiap hari.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 13 2022
Taktik itu dibongkar selepas pihaknya mengesan satu notis tangkapan kononnya dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui aplikasi WhatApps. - Gambar hiasan
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan rupa paras beliau pada usia 40-an.
AWANI Ringkas: Jelajah Dunia BWF 2024 di China
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penjaja kecil rayu kekalkan tapak perniagaan di Dataran MBI
Pertimbangan daripada pihak MBI amat diharapkan bagi memberi peluang kepada mereka untuk berbincang dengan Datuk Bandar Ipoh.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 15 Disember 2024
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
1️⃣ Agenda reformasi PKR
2️⃣ Johor dan Pahang masih terjejas banjir
3️⃣ Jelajah Dunia BWF 2024 di China
#awaniringkas
AWANI Pagi: Khalwat & hak individu - Di mana batas penguatkuasaan?
Ikuti perbincangan mendalam #AWANIpagi bersama Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia, Musa Awang yang akan mengupas isu prosedur tangkapan khalwat, hak individu, dan sejauh mana penguatkuasaan syariah dapat dilaksanakan dengan adil tanpa melanggar batas etika dan sensitiviti, Ahad ini jam 7.30 pagi.
Bayrou galas tugas berat satukan Perancis
Ketua Parti Modem berusia 73 tahun itu dilantik sembilan hari selepas Parlimen menggulingkan Michel Barnier.
Mengenang Ananda | Pembina negara: Memanfaat teknologi, menerjah kemajuan
Jejak peninggalan Ananda Krishnan kekal mengakar dibumi, tatkala menerjah langit. Beliau bukan hanya meluaskan empayar perniagaan, tetapi juga mengukuhkan landskap ekonomi negera - dengan aspirasi beliau menjadikan Malaysia sebuah negara maju dan moden.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
Kaspersky beri amaran tawaran Telegram Premium palsu
Kaspersky memberi amaran mengenai tawaran Telegram Premium palsu yang tersebar di seluruh dunia dengan tujuan mencuri maklumat akaun atau merosakkan peranti.
Pengurus kilang rugi lebih RM940,000 terpedaya pelaburan dalam talian
Wanita berusia 53 tahun itu ditawar pelaburan dalam bidang perhotelan dengan pulangan tinggi, mudah dalam jangka masa singkat oleh individu tidak dikenali.
TPM Fadillah nasihat masyarakat tingkat ilmu, kemahiran teknologi elak ditipu
Masyarakat perlu meningkatkan ilmu dan kemahiran tatkala beralih kepada penggunaan teknologi tinggi bagi setiap urusan harian mereka, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Terpengaruh gaji lumayan, dua sahabat jadi mangsa sindiket penipuan di Kemboja
Dua sahabat yang ditawarkan pekerjaan di kasino dengan gaji RM4,000 sebulan di Kemboja akhirnya menjadi mangsa sindiket penipuan pekerjaan di negara itu.
Warga emas rugi hampir RM300,000 ditipu tawaran kerja dalam talian
Mangsa seorang wanita 71 tahun ditawar kerja sambilan dengan menjual barangan dalam talian dan dijanjikan komisen sebanyak 15 peratus.
Waspada taktik baharu 'scammer' beri diskaun bil elektrik - Polis
Suspek meminta mangsa menghantar gambar salinan bil elektrik melalui telefon dan kemudian suspek menghantar semula gambar resit pembayaran kononnya bayaran sudah dijelaskan.
Bekas jururawat hilang RM1.9 juta diperdaya skim pelaburan palsu
Mangsa melakukan 19 transaksi pindahan wang ke pelbagai akaun dibekalkan sindiket sebelum menyedari ditipu.
Wajah, suara disalah guna 'scammer', Khairul Aming beri peringatan
Khairul Aming meluahkan kebimbangan apabila pihak tidak bertanggungjawab menggunakan wajah dan suaranya untuk menjual barangan kepada golongan berusia.
Ketua Biro Aduan Awam PN terima ugutan bunuh
Ketua Biro Aduan Awam Perikatan Nasional (PN) Johor, Lim Thow Siang mendakwa meneriman ugutan tembak oleh sekumpulan 'scammer'.