awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Scomi perlu kemuka rayuan kepada Bursa Malaysia untuk elak nyahsenarai

Bernama
Bernama
11/04/2022
13:03 MYT
Scomi perlu kemuka rayuan kepada Bursa Malaysia untuk elak nyahsenarai
Urus niaga dalam sekuriti Scomi Group Bhd akan digantung berkuat kuasa 20 April dan sekuriti Scomi akan dinyahsenarai menjelang 22 April melainkan kumpulan itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia.
KUALA LUMPUR: Urus niaga dalam sekuriti Scomi Group Bhd akan digantung berkuat kuasa 20 April dan sekuriti Scomi akan dinyahsenarai menjelang 22 April melainkan kumpulan itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia.
Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata rayuan itu perlu dihantar pada atau sebelum 18 April (jangka masa rayuan) dan apa-apa rayuan yang dikemukakan selepas jangka masa tersebut tidak akan dipertimbangkan oleh Bursa Malaysia.
"Bursa Malaysia telah menolak permohonan Scomi untuk melanjutkan masa bagi mengemukakan pelan penstrukturan semula," katanya.
Menurut Scomi lagi, sekiranya syarikat itu mengemukakan rayuan kepada Bursa Malaysia dalam tempoh rayuan, tindakan nyahsenarai sekuriti syarikat itu daripada senarai rasmi Bursa Malaysia pada 22 April akan ditangguhkan sementara menunggu keputusan mengenai rayuan syarikat.
Bagaimanapun, Bursa Malaysia akan meneruskan penggantungan urus niaga sekuriti Scomi pada 20 April walaupun keputusan mengenai rayuan syarikat masih belum selesai.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Scomi Group Bhd
#urus niaga dalam sekuriti
#digantung
#nyahsenarai
#rayuan
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan