Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene.
Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata pasukan itu telahpun melaksanakan tanggungjawabnya sebaik mungkin.
"Sebagai Panglima Tentera Laut, siapa yang tidak kecewa apabila dituduh dengan tohmahan yang tidak benar.
"Kita telah membawa kapal selam kita dan juga kapal submarine escape and rescue (SMER) iaitu MV Mega Bakti untuk dipertonton kepada rakyat jelata terutama pengunjung hari terbuka armada," katanya kepada pemberita pada sambutan ulang tahun ke-80 TLDM di sini hari ini.
Justeru, beliau berharap pihak yang menulis secara negatif berkaitan aset negara, terutama Scorpene, memikirkan sejenak fakta dan realiti berhubung perkara itu.
TLDM memperoleh dua kapal selam Scorpene buatan Perancis berharga RM3.4 bilion bagi mempertingkat kemampuannya melindungi kedaulatan perairan negara.
Abdul Aziz juga berkata pasukan Tentera Laut Perancis memuji keupayaan dan kecekapan pasukan kapal selam Malaysia.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata penglibatan aset TLDM dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370 akan diteruskan.
Katanya, kapal tambahan yang terlibat dalam misi itu akan diumum Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri.
Pada majlis hari ini, pengamal media berpeluang menaiki dan mendengar taklimat berkaitan fungsi KD Tunku Abdul Rahman.
Sementara itu, pada sambutan Hari TLDM di KUALA LUMPUR, Abdul Aziz berkata kemampuan pihaknya menghantar aset secara berterusan bagi menyertai operasi di dalam dan luar negara tanpa mengira waktu, membuktikan kesiapsiagaan pasukan berkenaan adalah pada tahap tertinggi.
Beliau berkata kemampuan itu juga membuktikan TLDM setanding angkatan laut bertaraf dunia.
"Dalam masa negara diuji pelbagai peristiwa dan kejadian yang menggemparkan, TLDM sentiasa mampu bertindak pantas dan berkesan setiap kali diperlu dan diarahkan.
"Ini menunjukkan kita sudah ke depan dan kemajuan pembangunan serta pemodenan yang dicapai TLDM sehingga kini wajar dibanggakan memandangkan ia sangat memberangsangkan," katanya dalam teks ucapan yang dibacakan Ketua Pengarah Hidrografi TLDM Datuk Zaaim Hasan.
Sambutan yang bertema 'TLDM Siaga Perairan Terpelihara' peringkat Lembah Klang di Padang Kawad KD Sri Gombak dimulakan dengan Istiadat Perbarisan Tabik Hormat yang disertai enam platun terdiri daripada 23 pegawai dan 143 anggota lain-lain pangkat.
Bernama
Mon Apr 28 2014
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Skandal Scorpene: Peguam penyiasat gesa kerjasama penuh Malaysia
Peguam warga Perancis, William Bourdon mahu kerjasama Malaysia-Perancis dipertingkat untuk rungkai skandal yang berlarutan lebih sepuluh tahun itu.
Nama Altantuya disebut dalam kontrak jualan Scorpene - Peguam
Apolline Cagnat mendakwa ia sedikit sebanyak memberi petunjuk bahawa penterjemah Mongolia itu mungkin terlibat dalam skandal pembelian kapal selam tersebut.
Isu kapal selam Scorpene: Peguam Perancis akan jumpa Peguam Negara
Skandal pembelian kapal selam ini perlu diketahui oleh rakyat Malaysia terutamanya mereka yang membayar cukai.
Siasatan pembelian kapal selam Scorpene berjalan lancar, kata Duta Perancis
Siasatan berhubung pembelian kapal selam Scorpene yang kontroversial berjalan lancar dengan kedua-dua pihak berkuasa dalam bidang kehakiman Malaysia dan Perancis mengendalikan kes itu, kata Duta Besar
Scorpene: TLDM kecewa masih ada pihak lempar tohmahan
TLDM melahirkan rasa kecewa apabila masih ada segelintir pihak yang melempar tohmahan berkaitan fungsi kapal selam Scorpene.
Scorpene: RM452 juta adalah bayaran khidmat pengurusan Perimekar
Perspektif negatif yang sengaja dimainkan pihak tertentu berhubung isu pembayaran RM452 juta sebagai 'komisen' kepada Perimekar Sdn Bhd, disangkal oleh Jasbir Singh Chahl.
Altantuya tiada kaitan dengan pasukan urus janji Scorpene - Arkitek
Jasbir juga bersumpah bahawa model itu tidak pernah berada di Perancis apabila mereka cuba memuktamadkan perjanjian itu.
6 NGO mahu Perancis siasat Suaram berhubung Scorpene
Enam badan bukan kerajaan menggesa kerajaan Perancis menjalankan siasatan terhadap Suara Rakyat Malaysia (Suaram) kerana 'secara salah' membuat laporan mengenai pembelian Scorpene.