awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Sebagai bekas mangsa, tidak wajar serbuan di kediaman Najib Razak dibuat awal pagi' - Nurul Izzah

Astro Awani
Astro Awani
17/05/2018
08:49 MYT
'Sebagai bekas mangsa, tidak wajar serbuan di kediaman Najib Razak dibuat awal pagi' - Nurul Izzah
Nurul Izzah menzahirkan kekesalan terhadap tindakan PDRM. - Gambar fail

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim menerusiTwitter terbaharunya menzahirkan kekesalan berhubung tindakan polis menggeledah kediaman bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak lewat malam tadi. Nurul Izzah berkata sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada dinihari suatu ketika dahulu, beliau membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik figura politik itu pada waktu sebegitu. Setakat ini, kediaman Najib dilaporkan sedang digeledah oleh pihak polis. Menurut anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prinsip keadilan dan dan berhikmah pihak polis haruslah sentiasa diguna pakai. Tegas Nurul Izzah, sewajarnya, pihak PDRM perlu 'dakwa, siasat secara berhemah."

As former victims of early dawn police raids, I must stress my disagreement in ransacking any home at such an ungodly hour. Charge, investigate, prudently. Prinsip keadilan & berhikmah sentiasa terpakai @PDRMsia https://t.co/vnl17mmwqm
— Nurul Izzah (@n_izzah) May 17, 2018
Pada tahun 1998, sepasukan anggota polis berpakaian anggota komando telah menyerbu kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Petaling Jaya dan menjalankan operasi mereka pada awal pagi.
Nurul Izzah seolah-olah mengulang memori yang terjadi 16 tahun dahulu apabila kediaman Anwar di Bukit Damansara, Petaling Jaya diserbu anggota polis dan menjadi tumpuan orang ramai sehingga tercetusnya gerakan reformasi.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#mangsa
#menteri
#Najib Razak
#Nurul Izzah Anwar
#PDRM
#Perdana Menteri
#PKR
#polis
#politik
#Twitter
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan