awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Presiden Turkiye tuduh Israel sekat bantuan Gaza dengan “alasan direka-reka”
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian besar rangka helikopter Jepun yang hilang ditemukan

Bernama
Bernama
14/04/2023
06:10 MYT
Sebahagian besar rangka helikopter Jepun yang hilang ditemukan
Beberapa sumber kerajaan mengesahkan bahawa sebahagian besar rangka helikopter itu ditemukan pada lewat petang Khamis di timur laut Pulau Irabu, pulau berdekatan Miyako pada Jumaat. - Gambar/ Reuters
TOKYO: Sebahagian besar rangka helikopter Pasukan Pertahanan Diri Darat Jepun (GSDF) yang hilang di wilayah selatan Okinawa ditemukan pada Khamis, lapor Xinhua memetik media tempatan.
Helikopter pelbagai guna UH-60 hilang daripada radar pada 6 April di kedudukan kira-kira 18 km barat laut lapangan terbang di Pulau Miyakojima wilayah Okinawa.
Kesemua 10 anggota GSDF dalam pesawat termasuk komander Divisyen ke-8 GSDF Leftenan Jeneral Yuichi Sakamoto yang bertanggungjawab ke atas pertahanan barat daya Jepun masih belum ditemui.
Beberapa sumber kerajaan mengesahkan bahawa sebahagian besar rangka helikopter itu ditemukan pada lewat petang Khamis di timur laut Pulau Irabu, pulau berdekatan Miyako, lapor Yomiuri Shimbun pada Jumaat.
Pesawat itu dikesan di bawah air oleh sonar kapal pengesan periuk api Jepun dan disahkan menerusi imej kamera bawah air, menurut akhbar Jepun dan media tempatan.
Objek yang kelihatan seperti mayat seorang anggota yang hilang juga dikesan berhampiran serpihan. Usaha untuk mengesahkan penemuan masih dijalankan, menurut laporan itu memetik sumber kementerian pertahanan.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#helikopter Jepun
#helikopter hilang
#operasi sar
#Jepun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan