awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula

Bernama
Bernama
20/11/2024
06:10 MYT
Sebahagian Jalan Masjid India terlibat insiden tanah jerlus dibuka semula
Kawasan 'ground zero' (foto) berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Sebahagian Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus telah dibuka semula kepada orang awam.

Ringkasan AI
  • Sebahagian Jalan Masjid India yang terlibat dengan insiden tanah jerlus telah dibuka semula kepada orang awam pada 10 November selepas kerja-kerja pembaikan dan penyiasatan tanah selesai.
  • Kawasan ground zero berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang dijangka selesai menjelang hujung Disember 2024.
  • DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama orang ramai serta pihak berkepentingan sepanjang tempoh kerja pembaikan dijalankan.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan laluan yang dibuka termasuk kawasan berhampiran Bit Polis Jalan Masjid India dan lorong antara premis perniagaan berkuat kuasa bermula 10 Nov lepas.
"Pembukaan ini dibuat setelah kerja-kerja pembaikan dan penyiasatan tanah di kawasan tersebut berjaya diselesaikan.
"DBKL menghargai kesabaran dan kerjasama yang telah diberikan oleh orang ramai serta pihak berkepentingan sepanjang tempoh kerja ini dijalankan," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, DBKL memaklumkan kawasan ground zero iaitu lokasi kejadian tanah jerlus berhampiran Wisma Melayu masih ditutup untuk kerja-kerja pembaikan yang giat dijalankan.
"Berdasarkan prestasi kerja di tapak, kawasan ground zero ini dijangka dibuka sepenuhnya menjelang hujung Disember 2024 berbanding jangkaan awal pada Februari 2025.
"DBKL komited memastikan kerja-kerja ini dapat diselesaikan dengan selamat dan menyeluruh," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DBKL
#Masjid India
#tanah jerlus
#dibuka semula kepada orang awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan