awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Program Rakan Muda terus diperkasakan, lahir belia berkualiti
Nelayan warga emas ditemukan lemas di Pengerang
Steven Spielberg sertai kelab elit EGOT selepas menang Grammy pertama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM

Khalis Khadir
Khalis Khadir
27/12/2024
10:17 MYT
Sebatan di khalayak: Perlu pendekatan harmoni peruntukan undang-undang sivil, syariah - KP IKIM
Mohamed Azam berpendapat, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) akan menganjurkan sidang meja bulat tertutup bagi membincangkan beberapa isu berbangkit termasuk pelaksanaan hukuman sebatan syariah di khalayak ramai di Terengganu.
Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Mohamed Azam Mohamed Adil, perkara itu amat sensitif untuk diulas kerana ia melibatkan pelaksanaan undang-undang syariah di negara ini.
“Perkara ini perlu pendekatan harmoni antara peruntukan dalam undang-undang antara sivil dan syarak.
“Insya-Allah IKIM akan anjurkan sidang meja bulat tertutup bagi mengambil jalan penyelesaian terbaik bagi perkara ini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika dihubungi Astro AWANI bagi mengulas saranan Majlis Peguam Malaysia yang menggesa Kerajaan Negeri Terengganu dan Kerajaan Pusat mempertimbang semula hukuman sebatan di khalayak ramai.
Semalam, majlis berkenaan meminta undang-undang berkenaan disemak atau dipinda bagi memastikan ia berkadar, rehabilitif dan menghormati maruah manusia.
Presidennya, Mohamad Ezri Abdul Wahab merujuk kepada hukuman sebatan di khalayak ramai yang dikenakan terhadap seorang tukang kayu di Terengganu di bawah Pindaan Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) 2022.
Terdahulu, pesalah khalwat berulang, Mohd Affendi Awang, 42, selesai menjalani hukuman enam sebatan di khalayak ramai yang dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah, Terengganu pada Jumaat.
Sebatan syariah yang hanya mengambil masa dua minit dilaksanakan pegawai sebat daripada Penjara Marang, Terengganu.
Topic Berkaitan
#IKIM
#sebatan syariah
#khalwat berulang
#terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan