HULU TERENGGANU:Sebuah lagi syarikat pengimport daging sejuk beku yang disyaki dalang di sebalik kartel daging haram di Johor Bahru, bakal didakwa.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata setakat ini kertas siasatan berhubung kes syarikat yang berpengkalan di Johor Bahru berkenaan telah hampir lengkap.

Jelasnya kertas siasatan itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

Tambahnya, rakyat juga tidak perlu bimbang kerana berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis), syarikat yang terbabit dalam kes berkenaan mengedar tidak sampai satu peratus bekalan daging sejuk beku dalam negara.

“Insyallah kita tengok pada kertas siasatan Timbalan Pendakwaraya. Satu lagi syarikat, satu saja syarikat. Kerana itu kalau kata semua daging haram di Malaysia tidak betul sebab saya periksa syarikat ini mengedar tidak sampai satu peratus pun di Malaysia,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

BACA: Kartel daging: Apa yang kita tahu setakat ini

[INFOGRAFIK] Kronologi syarikat pembekal guna logo halal tanpa perakuan

Justeru beliau berkata, dakwaan sesetengah pihak kononnya kerajaan melindungi kartel daging haram itu adalah tidak benar kerana proses untuk melengkapkan siasatan mengambil masa, termasuk perlu menunggu analisa daging daripada Jabatan Kimia.

Menurutnya setakat ini pihaknya mengesan hanya dua syarikat terbabit yang terlibat dalam penyalahgunaan logo halal berkenaan.

Bagaimanapun siasatan lanjut masih diteruskan jika terdapat penglibatan yang lain.

Syarikat dalang bakal didakwa dalam masa terdekat


Rosol berkata, pihaknya tidak memandang remeh isu berkenaan dan melakukan beberapa tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.

Pada Rabu sebuah syarikat pembekal daging di Johor Bahru dan dua pengarahnya mengaku tidak bersalah kerana menggunakan logo halal tanpa diperakui sebagai halal oleh pihak berkuasa.

Dua pengarah syarikat didakwa guna logo halal palsu