awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan

Nursyazwani Saiful Sham
Nursyazwani Saiful Sham
08/02/2025
01:40 MYT
Sebuah masjid ikonik dibina di KotaSAS, tarikan pelancongan terbaharu di Kuantan
Baginda bertitah dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Pahang akan membangunkan sebuah masjid ikonik di Kota Sultan Ahmad Shah (KotaSAS) untuk menjadikan ia sebagai tarikan pelancongan terbaharu di negeri itu.
Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah, selain produk pelancongan sedia ada, kerajaan negeri juga sedang berusaha untuk mempromosikan pantai-pantai ikonik di negeri itu.
“Selain produk di Menara Kuantan 188, kita cuba untuk promosikan pantai-pantai yang ada di negeri ini seperti Pantai Sepat, Pantai Teluk Cempedak dan Pantai Cherating.
“Dalam masa terdekat kita sedang berusaha untuk membina sebuah masjid ikonik diletakkan di KotaSAS berhampiran dengan Pejabat Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah yang juga bangunan berikonik.
“Ini juga akan menjadi produk pelancongan, (termasuk) dengan terbinanya projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), saya percaya pengunjung akan bertambah,” titah baginda dalam temu bual eksklusif bersama Astro AWANI yang disiarkan pada Sabtu.
Titah Al-Sultan Abdullah lagi, Pahang berjaya mencatat lebih 13 juta pengunjung pada tahun 2023 dan baginda mengharapkan penambahan signifikan untuk 2024 dan tahun ini.
“Saya dimaklum tahun 2023 kita mencapai lebih kurang 13 juta lebih pengunjung ke Pahang, mudah-mudahan angka itu akan bertambah.
“Kita akan berusaha untuk menambahkan pengunjung ke Negeri Pahang untuk tahun ini,” titah baginda.
Untuk rekod, Masjid Bandaraya KotaSAS, sebuah masjid baharu yang sedang dalam pembinaan di KotaSAS, Kuantan bakal menjadi Masjid Negeri Pahang yang baharu menggantikan Masjid Sultan Ahmad Shah 1.
Masjid ini dianggarkan boleh memuatkan 8,000 jemaah pada satu-satu masa. Reka bentuk masjid ini berasaskan ‘tanjak’ dan juga tombak yang berasaskan ‘Jata Negeri Pahang’.
Masjid ini bakal menjadi mercu tanda kedua di KotaSAS selepas Pusat Pentadbiran Sultan Ahmad Shah (PPSAS).
Topic Berkaitan
#Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah
#masjid ikonik
#tarikan pelancongan
#KotaSAS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan