Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Allan Suman Pillai memberitahu mahkamah bahawa terdapat beberapa dokumen yang masih belum lengkap.
“Hari ini pihak pendakwaan telah menyerahkan satu dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan.
"Namun, pihak pendakwaan memerlukan tarikh lain bagi penyerahan dokumen selanjutnya dalam kes ini,” katanya pada sebutan kes itu hari ini.
Peguam Datuk K.Kumaraendran yang mewakili Bung Moktar, 60 tahun atau nama sebenarnya Moktar Radin mengesahkan pihaknya telah menerima dokumen tersebut.
Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar dan Zizie Izette dibicarakan bersama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.
“Pihak pendakwaan telah menyerahkan satu dokumen mengikut Seksyen 51A Kanun Tatacara Jenayah kepada pasukan pembelaan hari ini dan pihak kami juga akan membuat permohonan supaya kes ini dibicarakan bersama (kes Bung Moktar) pada sebutan akan datang,” kata Allan.
Kumaraendran yang turut mewakili Zizie Izette, 41 tahun, berkata pihaknya memerlukan masa untuk meneliti dokumen itu.
Pada 3 Mei lepas, Bung Moktar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga pertuduhan memperoleh suapan berjumlah RM2.8 juta bagi mendapatkan kelulusan untuk FELCRA Berhad melabur RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual Berhad.
Mengikut pertuduhan pertama, Bung Moktar, yang ketika itu merupakan Pengerusi Bukan Eksekutif Felcra, didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai RM2.2 juta daripada ejen pelaburan Public Mutual, Madhi Abdul Hamid, 38 tahun, melalui isteri tertuduh iaitu Datin Seri Zizie Izette A. Samad.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu sebagai upah bagi mendapatkan kelulusan daripada Menteri Kewangan II untuk Felcra membuat pelaburan sebanyak RM150 juta bagi menyertai produk unit amanah Public Mutual.
BACA: Bung Moktar dan Zizie dijangka didakwa hari ini
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Public Bank Berhad, Cawangan Taman Melawati, No. 262-265, Jalan Bandar 12, Taman Melawati di sini, antara 12.30 tengah hari dan 5 petang, pada 12 Jun 2015.
BACA: SPRM dapat izin dakwa Bung Moktar dan Zizie
Bagi pertuduhan kedua, Bung Moktar didakwa secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM262,500 daripada individu sama, Madhi melalui akaun Public Islamic Treasures Growth Fund (PITGF) bernombor 044797816 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan serupa.
Bung Moktar juga dituduh secara rasuah memperoleh untuk dirinya suatu suapan iaitu wang tunai berjumlah RM337,500 daripada ejen pelaburan Public Mutual, Norhaili Ahmad Mokhtar, 42 tahun, melalui akaun Public Ittikal Sequel Fund (PITSEQ) bernombor 044797824 yang didaftarkan atas nama Zizie Izette bagi tujuan yang sama.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di lokasi sama pada 12.16 tengah hari dan 12.28 tengah hari, pada 19 Jun 2015.
Pendakwaan dikemukakan mengikut Subseksyen 17(a) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Zizie Izette yang merupakan seorang pelakon mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan bersubahat dengan suaminya berhubung perkara sama, di tempat, tarikh dan masa serupa mengikut Seksyen 28(1) (c) Akta SPRM dan boleh dihukum di bawah Subseksyen 24(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
Bernama
Mon Jun 10 2019
Pihak pendakwaan turut memaklumkan bahawa pihaknya akan membuat permohonan supaya kes Bung Moktar dan Zizie Izette dibicarakan bersama dan dipindahkan ke Mahkamah Tinggi. - Foto SHAHIR OMAR
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
Prabowo rasmi diisytihar Presiden Indonesia
Suruhanjaya Pilihan Raya Umum (KPU) secara rasmi akan mengisytiharkan Prabowo Subianto sebagai Presiden Indonesia dipilih, dalam satu majlis pada Rabu, seperti yang dijadualkan.
Jerman-UNRWA mungkin bekerjasama semula
Kerajaan Jerman merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian Palestin (UNRWA). Ia susulan daripada kontroversi yang mendakwa anggota petugas UNRWA terlibat dalam serangan di Gaza yang berlaku pada 7 Oktober tahun lalu.
Ini panggilan daripada Allah SWT - Dr Sharifah Mazlina
Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika, Dr Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir yang merupakan salah seorang peserta dari Malaysia bagi misi Break The Siege of Gaza Freedom Flotilla menyifatkan penglibatannya dalam misi berkenaan sebagai satu panggilan yang ditentukan Allah.
Tujuh ditahan polis dalam serbuan 'keganasan' Australia
Polis Australia menahan tujuh individu yang menimbulkan risiko dan ancaman kepada orang ramai selepas melakukan serbuan antikeganasan membabitkan lebih 400 pegawainya, pada Rabu.
[TERKINI] UM diminta siasat, sedia laporan segera
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) mengambil maklum dan memandang serius isu yang berlaku berhubung tindakan seorang penceramah warga asing mengeluarkan kenyataan yang dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial.
Astro AWANI dinobat adaptasi AI dalam pemberitaan terbaik di pentas Asia
Astro AWANI dinobat sebagai pemenang Anugerah Digital Media Awards 2024 bagi kategori adaptasi Teknologi Kecerdasan Buatan (AI) dalam pemberitaan terbaik di rantau Asia.
MITI optimis prestasi perdagangan lebih baik pada 2024
Tengku Zafrul menjelaskan, MITI juga memperbaharui fokusnya dengan berpaksikan kepada empat tunjang utama iaitu ekonomi, kelestarian, rakyat dan inovasi.
Pekebun durian musang king gagal dapat kebenaran semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi tolak permohoan pekebun musang king untuk semakan kehakiman
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Mahkamah Tinggi Kuantan menolak permohonan 186 pekebun durian musang king di sekitar Raub untuk mendapatkan kebenaran semakan kehakiman terhadap notis arahan pengosongan tanah dikeluarkan kerajaan negeri Pahang sebelum ini.
Inspektor polis ditahan disyaki lakukan amang seksual fizikal
Seorang pegawai polis berpangkat inspektor ditahan bagi membantu siasatan berhubung dakwaan melakukan amang seksual fizikal
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
ke atas kanak-kanak perempuan berumur 16 tahun.
Ketua Polis Johor, Komisioner Polis M. Kumar berkata suspek yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Pontian dikatakan melakukan kesalahan tersebut pada 22 April 2024 sekitar jam 6 petang di kawasan taman Johor Jaya.
Bung Moktar syukur perjuangan lima tahun lawan kes rasuah selesai
Bung Mokhtar menzahirkan rasa syukur selepas lima tahun perjuangannya dan isteri melawan kes rasuah dihadapi akhirnya selesai selepas mereka dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi hari ini.
JKJAV perlu hantar bekalan vaksin ke Sabah segera bagi pemberian vaksin berjalan lancar - Bung
Kerajaan pusat khususnya Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 diminta supaya menyegerakan penghantaran vaksin ke Sabah bagi memastikan pemberian vaksin di Sabah berjalan lancar.
Bung Moktar kemuka cadangan tubuh Majlis Presiden GRS Januari depan
Pengerusi Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mengemukakan cadangan, bagi menubuhkan Majlis Presiden Gabungan Rakyat Sabah pada mesyuarat yang dijangka diadakan pada 11 Januari.
Kabinet Sabah: Tukar portfolio selepas 3 jam? Masidi akan ceritakan selepas bersara
Ciapan Masidi yang juga Adun Karanaan di Twitter memberi bayangan ada cerita tersembunyi disebalik pertukaran tersebut.
Sabah Memilih: BN akan pertaruh 85 peratus muka baharu, calon muda - Bung Moktar
Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, muka-muka baharu yang akan dipilih itu terdiri daripada kalangan belia.
Rakaman audio perbualan Najib tidak jejaskan kempen BN di Kimanis - Bung Mokhtar
Menurut Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin, BN tidak hairan dengan perkara tersebut, sebaliknya yakin mampu menawan hati pengundi di Parlimen itu.
Dewan Rakyat tak cukup korum, perbahasan terhenti seminit
Timbalan Speaker Nga Kor Ming terpaksa mengarahkan loceng Dewan Rakyat dibunyikan selama seminit ekoran jumlah Ahli Parlimen tidak mencukupi sewaktu perbahasan RUU Pembekalan (Belanjawan 2020).
Sebutan semula kes rasuah Bung Moktar, Zizie Izette 4 Julai
Mahkamah Sesyen menetapkan 4 Julai depan untuk sebutan semula kes Anggota Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin dan isterinya Datin Seri Zizie Izette atas dakwaan rasuah.
Diajak 'berlawan', ini kata Bung kepada Mongin
Ahli Parlimen (BN-Kinabatangan) Datuk Bung Mokhtar Radin tidak mengendahkan desakan ahli Parlimen (PH-Puncak Borneo), Willie Mongin yang mahu 'berlawan' dengannya.
Dewan Rakyat tercemar dengan kata-kata kesat, semalam 'p******k', 'kepala bapak', hari ini 'f*** y*u'
Persidangan Dewan Rakyat hari ini terus dicemari dengan kata-kata kesat, termasuk perkataan lucah F*** Y** ketika Rang Undang-undang Cukai Jualan 2018 dibentangkan untuk bacaan kali kedua.