Jawatankuasa Eksekutif Penilaian Operasi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) hari ini merumuskan segala aktiviti pengurusan syarikat itu, secara amnya, mematuhi kesemua akta-akta utama yang berkaitan.

Dalam laporan setebal 203 muka surat yang diterbitkan hari ini, jawatankuasa berkenaan yang diwujudkan di bawah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim itu turut merumuskan pelaburan LAMP memenuhi kriteria pelaburan yang berkualiti.

“Kriteria itu termasuk mewujudkan industri berteknologi tinggi, mewujudkan rantaian nilai kepada industri, berintensifkan modal, berorientasi eksport, keluaran bernilai tambah tinggi, penekanan kepada R&D dan mewujudkan peluang pekerjaan bergaji tinggi yang berintensifkan kemahiran dan pengetahuan,” menurut laporan itu lagi.

Selain itu, jawatankuasa berkenaan mendapati LAMP telah mengambil inisiatif tambahan ke arah mematuhi lain-lain keperluan standard dan amalan antarabangsa secara sukarela.

Berhubung pengurusan sisa radioaktif dan bahan buangan terjadual, Jawatankuasa Eksekutif Penilaian berpendapat LAMP perlu dengan segera menyedia dan membina tapak penstoran selamat bagi residu NUF.

Walaupun operasi LAMP adalah berasaskan teknologi dan prosedur yang terkawal dengan risiko yang rendah, jawatankuasa berkenaan berkata, bagi mengambil kira pendekatan precautionary principle, LAMP perlu mengambil langkah-langkah tambahan dalam pengendalian residu WLP dan
NUF yang terhasil.

Laporan itu menyebut, pengurusan segera terhadap dua jenis residu utama berkenaan iaitu Water Leached Purification Residue (WLP) dan Neutralization Underflow Residue (NUF) perlu disegerakan dan kerja-kerja saringan tapak pembinaan Permanent Disposal Facility (PDF) perlu dibuat sebelum lesen diperbaharui.

“Jawatankuasa Eksekutif menyarankan semua kajian mengenai pengkitaran semula residu NUF tanpa melibatkan residu WLP boleh diteruskan.

“Jawatankuasa Eksekutif menyarankan supaya pihak LAMP bersedia membawa keluar residu WLP dari Malaysia sekiranya lokasi PDF tidak dikenalpasti atau tidak diluluskan,” menurut laporan itu lagi.

Ini, jelasnya lagi, adalah bagi memastikan komuniti dan alam sekitar negara terus terpelihara.