awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sedia garis panduan jelas mekanisme penjawat awam tegur kerajaan - Cuepacs

Bernama
Bernama
17/01/2023
08:47 MYT
Sedia garis panduan jelas mekanisme penjawat awam tegur kerajaan - Cuepacs
Datuk Adnan Mat berkata ia bagi mengelakkan berlaku penganiayaan terhadap penjawat awam yang melaporkan salah laku sekiranya diketahui oleh pegawai tertinggi atau menteri-menteri yang terlibat. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menyediakan suatu garis panduan atau sistem yang jelas bagaimana mekanisme teguran terhadap kerajaan boleh dilakukan oleh penjawat awam.
Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Adnan Mat berkata ia bagi mengelakkan berlaku penganiayaan terhadap penjawat awam yang melaporkan salah laku sekiranya diketahui oleh pegawai tertinggi atau menteri-menteri yang terlibat.
"Sebab itu pentingnya panduan atau sistem yang jelas diperkenalkan oleh kerajaan bagi membolehkan warga perkhidmatan awam turut sama terlibat dalam memerangi gejala salah laku ini terutama membabitkan pegawai tertinggi kerajaan dan menteri.
"Keutamaan yang perlu diberikan oleh kerajaan adalah dalam memastikan kerahsian pengadu itu sendiri selain memastikan ketulenan aduan yang dibuat," katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.
Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapannya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri menegaskan bahawa pegawai dan kakitangan awam perlu menegur sebarang keputusan dibuat oleh Menteri, termasuk Perdana Menteri jika ia didapati melanggar peraturan dan undang-undang dalam hal berkaitan tata kelola pentadbiran.
Adnan berkata sekiranya tiada garis panduan yang jelas mengenai sistem aduan, terutama dalam hal membabitkan kerahsian pengadu, tempoh siasatan, jenis aduan dan ketelusan dalam siasatan, pihaknya bimbang saranan baik oleh Perdana Menteri itu tidak akan mendapat sambutan.
Beliau berkata kesedian pegawai tertinggi serta Jemaah Menteri untuk menerima teguran dengan baik masih lagi menjadi persoalan memandangkan melalui pekeliling dan dasar sedia ada amat sukar untuk penjawat awam memberi teguran membina kepada jabatan atau agensi masing-masing.
"Jika mahu memberi teguran kepada jemaah menteri sudah tentu lebih sukar, terutama dengan kebimbangan penjawat awam itu sendiri mungkin akan menerima tekanan tertentu bukan sahaja daripada ketua jabatan bahkan pegawai-pegawai menteri itu sendiri," katanya.
Adnan mendakwa sebelum ini terdapat kes penjawat awam diberi tekanan seperti halangan kenaikan pangkat, pertukaran dan gangguan dalam jadual pekerjaan apabila melaporkan aktiviti salah laku dalam jabatan dan agensi kerajaan sekali gus mengakibatkan ramai penjawat awam hari ini takut untuk melaporkan aktiviti salah laku.
"Garis panduan atau sistem pengaduan yang jelas amat penting kerana Cuepacs tidak mahu aduan yang tidak tulen dibuat sehingga boleh menjejaskan kredibiliti pegawai atau menteri yang terlibat," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#garis panduan
#mekanisme teguran
#kerajaan
#cuepacs
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan