Semua pihak perlu mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa serta menyediakan laluan selamat dan perlindungan kepada orang awam yang akan meninggalkan Aleppo timur, Syria, kata Persatuan Bantuan Perubatan Malaysia (Mercy Malaysia).
Presidennya, Datuk Dr Ahmad Faizal Mohd Perdaus berkata persatuan itu bimbang tentang keselamatan orang awam yang terperangkap di Aleppo timur berikutan laporan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengenai pembunuhan secara hukuman mati yang berlaku di sana, walaupun kerajaan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata.
"Kami amat sedih dan gerun apabila mendengar laporan bahawa pihak yang berperang gagal menunaikan tanggungjawab mereka melindungi orang awam ketika berlaku peperangan dan mematuhi undang-undang kemanusiaan antarabangsa.
"Pihak berperang perlu menjamin keselamatan orang yang mencari perlindungan dan memudahkan pemberian pertolongan serta bantuan kemanusiaan kepada mereka yang terperangkap di barisan hadapan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusia mengisytiharkan pada Selasa bahawa peperangan selama empat tahun di Aleppo, bandar raya terbesar di Syria, sudah berakhir apabila saki baki pejuang pemberontak bersetuju untuk menyerahkan wilayah mereka kepada kerajaan Syria.
Menurut Dr Ahmad Faizal, Mercy Malaysia mempunyai satu Pasukan Penilaian Pantas (RAT) terdiri daripada lima anggota yang diletakkan dalam keadaan bersiap sedia dan akan dikerah sebaik sahaja akses ke kawasan berkenaan terjamin selamat.
"Kami berganding bahu dengan masyarakat kemanusiaan antarabangsa dan Penolong Setiausaha Agung bagi Hal Ehwal Kemanusiaan PBB, menggesa agar disediakan akses selamat secara terus ke Aleppo untuk menyampaikan bantuan yang diperlukan dengan segera.
"Pasukan RAT kami akan berada di sana untuk menilai keperluan kecemasan oleh orang awam yang masih berada di bandar raya Aleppo, termasuk ubat-ubatan, makanan dan barangan selain daripada makanan, barangan untuk musim sejuk serta keperluan lain. Kami berharap dapat mengerahkan mereka pada minggu akan datang," katanya. -- Bernama
Bernama
Thu Dec 15 2016
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan berlaku pembunuhan secara hukuman mati yang berlaku di sana, walaupun kerajaan Syria bersetuju mengadakan gencatan senjata. - Foto AFP
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Puak pemberontak luaskan pergerakan di bandar Aleppo, serangan udara sasar kedudukan mereka
Kebanyakan penduduk dilaporkan berkurung di rumah, manakala sekolah dan institusi kerajaan hampir sepenuhnya ditutup.
Israel lancar serangan udara di utara Syria
Daerah Sfireh di Aleppo turut menjadi sasaran, dengan laporan kerosakan dan beberapa askar cedera.
'Selamatkan saya dan adik, saya rela jadi hamba awak' - Mangsa gempa Syria
Ungkapan kanak-kanak itu dapat perhatian warganet bahawasanya kedua-dua mereka mungkin beranggapan runtuhan rumah itu berikutan serangan.
Satu dekad konflik kemanusiaan Syria - Ibrah dan refleksi
Satu dekad berlalu dan konflik kemanusian masih berlanjutan di Syria.
Rawat COVID-19 lebih trauma berbanding mangsa letupan bom Syria - Doktor zon perang
Dr David Nott dari England menyifatkan situasi berdepan krisis pandemik ini lebih getir jika dibandingkan dengan insiden pengeboman seperti di bandar Aleppo, Syria.
34 askar Turki maut, serangan udara di Idlib, Syria
Serangan udara Rusia dan Syria yang menyasarkan kawasan di antara bandar Bara dan Bilion di pedalaman Idlib, mengorbankan 34 askar Turki, dipercayai lebih ramai lagi maut.
Lembaran baharu buat si kecil berkaki 'tin'
Maya Merhi yang berusia lapan tahun, dilahirkan tanpa sepasang kaki terpaksa menggunakan tin untuk membantunya bergerak.
Derita Ghouta lebih buruk dari Aleppo, semua bantuan kemanusiaan disekat - PBB
Setiausaha Agong Majlis Pelarian Norway Jan Egeland berkata peningkatan ketegangan di Syria terutama wilayah Damsyik adalah yang terburuk sejak konflik di negara itu bermula pada 2014.
Tentera pakatan Syria-Rusia burukkan keadaan di Idlib dan Hama - PBB
Ketegangan yang memuncak di beberapa wilayah di Syria kini memaksa lebih 270,000 warga Syria menjadi pelarian di dua wilayah.
Amaran gempur oleh Erdogan boleh jejas inisiatif rundingan damai - SNC
Menurut Nasr Al Hariri, sebagai penaja rundingan damai Syria, Erdogan tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan terhadap kumpulan terbabit yang terlibat secara langsung dalam siri rundingan.