Kerajaan digesa segera membentangkan kepada umum kandungan daripada dua kotak hitam pesawat MH17 yang diserah kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom tahun lepas untuk tujuan analisis forensik.
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun berkata, ketiadaan sebarang maklumat sejak Julai tahun lepas diibaratkan terlalu lama bagi satu badan antarabangsa mendedahkan hasil siasatan insiden berkenaan.
"Walaupun umum tahu bahawa MH17 ditembak jatuh oleh peluru berpandu, tetapi kandungan kotak hitam perlu didedah untuk mengelak spekulasi.
"Kerajaan tidak pernah mendedahkan kandungan itu. Kita amat berharap kandungan kotak hitam itu mampu memberikan petunjuk lain," katanya ketika menghubungi Astro AWANI di sini hari ini.
Pada Julai tahun lepas, pasukan penyiasat antarabangsa memutuskan untuk menghantar dua kotak hitam daripada pesawat MH17 kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom untuk analisis forensik.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai turut dilaporkan berkata, ia prosedur biasa bagi kotak hitam dihantar ke makmal terdekat yang ditauliahkan oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa ICAO untuk dianalisis.
Pada tahun lepas, Khairul Azwan mengetuai demonstrasi yang mahu dalang MH17 dibawa ke makamah selain bertekad akan terus memberi tekanan kepada pihak-pihak berkenaan selagi keadilan terhadap keluarga mangsa nahas penerbangan MH17 tidak ditegakkan.
Tegasnya, dalang di sebalik insiden yang mengorbankan 298 nyawa itu perlu didakwa dan dikenakan hukuman setimpal.
Katanya, penyerahan kotak hitam dan jenazah mangsa tidak memadai kerana keadilan terhadap keluarga mangsa dan anak kapal perlu menjadi keutamaan.
Tiong Lai sebelum ini mengesahkan maklumat dari kotak hitam pesawat MH17 yang terhempas di Ukraine tidak diganggu.
Katanya, pasukan siasatan antarabangsa sedang memperoleh maklumat termasuk rakaman suara dari kokpit selain kandungan data penerbangan yang akan didokumentasi.
Terdahulu, Duta besar Rusia ke Malaysia, Valery N. Yermolov dilaporkan berkata, mereka mempertahankan tidak terlibat dalam nahas pesawat MH17.
Ia susulan laporan akhir Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) yang menyebut bahawa pesawat malang itu telah ditembak jatuh oleh peluru berpandu BUK buatan Rusia.
Alasannya, Moscow tidak lagi menggunakan peluru berpandu jenis itu sejak 2011.
Wan Syamsul Amly
Sat Oct 17 2015
AZWAN BRO: 'Segera bentang kandungan kotak hitam MH17' - Gambar fail
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
Banjir: Abang Viva nafi kutip dana, minta orang ramai hati-hati
Sambil menafikan ada membuat kutipan dana untuk membantu mangsa banjir, Azwan, 29, juga menolak dakwaan dirinya mengenakan bayaran daripada pihak media yang ingin menemubualnya.
Unit Dana Bumiputera selesai rungutan usahawan - Pemuda UMNO
Unit Dana Bumiputera Pergerakan Pemuda UMNO akan memastikan rungutan usahawan dalam sistem penyampaian dana selama ini selesai dengan pendekatan tersendiri.
Sistem penyampaian dana Bumiputera masih lemah - Khairul Azwan
Sistem penyampaian dana khusus untuk Bumiputera terbukti masih lemah apabila masih ada pelbagai rungutan kesukaran mendapat maklumat serta proses birokrasi yang remeh.
'Segera bentang kandungan kotak hitam MH17' - Azwan Bro
Kerajaan digesa segera membentang kandungan dua kotak hitam daripada pesawat MH17 yang diserah kepada Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara United Kingdom kepada umum.
Isu MARA: 'Saya saman Rafizi hari ini' - Azwan Bro
Naib Ketua Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun hari ini memfailkan saman ke atas Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dalam isu ketirisan hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) yang mengaitkannya baru-baru ini.
Syarikat farmaseutikal perlu buktikan KPI dalam R&D - Azwan Bro
Pemuda UMNO meminta kerajaan memberi penekanan kepada syarikat farmaseutikal untuk melakukan penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menjadikannya Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) kepada mereka.
Cabaran debat AMK: Nik Nazmi, cukup-cukuplah buat cabaran lapuk - Azwan Bro
Nik Nazmi disaran berhenti menggunakan taktik lapuk apabila mencabar Khairy Jamaludin atau pendakwaraya, Muhammad Shafee berdebat mengenai hukuman liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bangkitlah pengguna, sampai bila mahu terus 'dirogol' orang tengah - Azwan Bro
Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO mahu pengguna bangkit dan menunjukkan kuasa pembeli kepada orang tengah dan pemborong yang masih degil menurunkan harga barangan.
Eric Paulsen bodoh bila padam tweet hina Jakim, tweet Azwan Bro
Pengarah Eksekutif Lawyers For Liberty, Eric Paulsen disifatkan sangat bodoh apabila didapati memadamkan catatan tweet yang mendakwa Jakim mempromosikan fahaman ekstremis di negara ini.
Pemimpin UMNO jangan beri muka kumpulan haluan kanan - Azwan Bro
Pimpinan tertinggi UMNO diminta tidak memberi lebih perhatian terhadap mana-mana kumpulan politik haluan kanan yang mendakwa memperjuangkan lebih kepentingan kepada kaum Melayu.