awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Realme mula buang pekerja di India selepas kembali di bawah Oppo
Litar pintas dipercayai punca deretan rumah sewa terbakar
Quick Share diperluas, Android bakal dapat sokongan AirDrop rentas platform
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segera bersuara demi pembebasan pemimpin Myanmar - Anwar Ibrahim

Astro Awani
Astro Awani
01/02/2021
08:25 MYT
Segera bersuara demi pembebasan pemimpin Myanmar - Anwar Ibrahim
Kata Anwar, demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan dan tindakan pihak tentera hanya akan membalikkan aspirasi rakyat. - Astro AWANI/Shahir Omar
KUALA LUMPUR:Biarpun terdapat banyak isu berkaitan pencabulan hak asasi manusia melibatkan warga dan masyarakat Rohingnya, ia bukan alasan untuk pihak tentera mencetuskan lagi situasi tegang seperti yang sedang berlaku di Myanmar sekarang ini.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, demokrasi di Myanmar masih di peringkat permulaan dan tindakan pihak tentera hanya akan membalikkan aspirasi rakyat serta menjerumuskan negara itu ke dalam kediktatoran.
"Pemimpin-pemimpin dunia dan ASEAN harus menggembleng suara dan menggesa untuk pembebasan segera pemimpin-pemimpin Myanmar dan mesti menegakkan negara hukum.
"Setelah berjuang sekian lama, rakyat Myanmar berhasil untuk memungkinkan sebuah perlembagaan dan hak terkait pilihan raya," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
BACA: Aung San Suu Kyi dan pemimpin kanan NLD ditahan
BACA: Demokrasi lawan tentera di Myanmar, siapa menang, siapa tewas?
BACA: Rampasan kuasa: Tentera Myanmar isytihar darurat satu tahun
Tambah Anwar, semua pihak harus menjunjung perlembagaan, mandat rakyat serta akur dengan keputusan pilihanraya.
"Pihak tentera di sana sewajarnya mempertahankan aspirasi demokratik rakyat Myanmar, dan saya menggesa mereka untuk hormat serta lindungi pilihan yang telah dibuat oleh rakyat.
"Ia belum terlambat untuk melakukan yang sepatutnya untuk bangsa dan rakyat," katanya.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#Myanmar
#tentera
#hak asasi
#Rohingnya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan