awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji

Bernama
Bernama
15/05/2023
20:45 MYT
Segerakan pelaksanaan baki pakej Lebuhraya Pan Borneo - Hajiji
Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan. - Foto BERNAMA
KOTA KINABALU: Kerajaan Sabah menggesa kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan baki pakej projek Lebuhraya Pan Borneo di negeri itu.
Jabatan Ketua Menteri Sabah dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor telah berbincang mengenai isu tersebut dalam pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof di Seri Gaya di sini pada Isnin.
"Dilaporkan bahawa 20 daripada 35 pakej di bawah Fasa Satu projek Pan Borneo belum dimulakan," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan Hajiji turut berbincang dengan Fadillah, yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi mengenai langkah untuk meningkatkan produktiviti penanaman koko di Sabah.
Turut hadir dalam pertemuan itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-Tugas Khas) Datuk Armizan Mohd Ali dan Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Siti Aminah Aching.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pakej Lebuhraya Pan Borneo
#Sabah
#Hajiji Noor
#kerajaan Persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan