NIBONG TEBAL: Hasrat kerajaan Perikatan Nasional (PN) untuk mengadakan persidangan Parlimen adalah selari dengan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Mustafa Billah Shah yang mahu ia diadakan secepat mungkin.
Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bagaimanapun berkata, proses itu akan dilakukan berlandaskan lunas Perlembagaan dan undang-undang serta mengikut kesesuaian masa.
Menurutnya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini telah memberi jaminan bahawa Parlimen akan tetap bersidang namun bergantung kepada situasi semasa.
“Dalam konteks sidang Parlimen, Perdana Menteri selaku ketua majlis telah menyatakan beberapa hari yang lalu bahawa Parlimen akan bersidang… kita tidak pernah menyatakan Parlimen tidak bersidang.
“Tetapi selaku ketua majlis beliau Perdana Menteri) bertindak mengikut peruntukan undang-undang, Perlembagaan dan juga standing order dalam Parlimen dan mengikut masa yang bersesuaian untuk adakan (sidang).
“Bagi saya titah Yang di-Pertuan Agong adalah selari dengan hasrat kerajaan untuk adakan sidang Parlimen dalam masa yang sesuai supaya proses demokrasi ini akan terus disuburkan,” kata Azmin yang juga Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai titah Yang di-Pertuan Agong yang mahu sidang Parlimen diadakan secepat mungkin pada sidang media di Pulau Pinang pada Khamis.
Dalam masa Azmin berkata, segala tindakan atau usaha yang diambil kerajaan dalam tempoh setahun lalu adalah berpegang kepada prinsip undang-undang dan Perlembagaan negara.
Sementara itu mengenai program vaksinasi, Azmin berkata, tindakan yang dilaksanakan kerajaan ketika ini adalah demi memastikan imuniti berkelompok (herd imunity) dapat dicapai.
Terdahulu beliau melakukan tinjauan bersama Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Bukit Jawi Golf Resort, di Nibong Tebal sempena Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) Covid-19.
Pada Rabu, Al-Sultan Abdullah menzahirkan pandangan supaya persidangan Parlimen diadakan segera.
Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin berkata, Seri Paduka Baginda bertitah, ini bagi membolehkan Ordinan-Ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dapat dibahaskan oleh ahli-ahli Dewan Rakyat.
Pandangan baginda itu dibuat selepas memperhalusi semua pandangan pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat pakar dari pelbagai agensi kerajaan.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jun 17 2021
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (berbaju biru) menyapa penerima vaksin COVID-19. Turut serta Chow Kon Yeow (kiri). - Gambar Astro AWANI
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Kerajaan jimat RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel - Lim Hui Ying
Kerajaan berjaya menjimatkan RM600 juta sebulan melalui penyasaran subsidi diesel dengan perolehan itu akan disalurkan semula kepada rakyat.
'RUU Keselamatan Dalam Talian dijangka dibentang sidang Parlimen akan datang'
Kerangka Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Dalam Talian sedang diperhalusi dan dijangka akan dibentangkan pada sidang Parlimen akan datang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.
MoF peruntuk RM11 juta tambah baik PPS - Armizan
NADMA turut menyalurkan peruntukan berjumlah RM741,780 kepada JKM termasuk bagi tujuan peruntukan pengurusan pengoperasian bencana.
Tidak boleh berhentikan pekerja cuti bersalin, sakit sebab hamil - KSM
Perkara itu termaktud dalam peruntukan Seksyen 41 (A), Akta Kerja 1955, dan mana-mana majikan yang tidak mematuhi peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan.
Perdana Menteri tokoh paling baik jadi Menteri Kewangan - Rafizi
Perdana Menteri adalah antara individu yang paling layak untuk memegang jawatan Menteri Kewangan dalam memastikan isu tatakelola perolehan adalah telus
Ahli Parlimen Maran dimasukkan ke IJN
Bagaimanapun, Johari tidak memperincikan secara lanjut keadaan Ismail.
Miskin tegar turun lebih 19,000 - Hanifah
Keberkesanan program pembasmian kemiskinan ini juga boleh dilihat dari aspek penurunan dalam kadar pengangguran nasional.
Lebih 18,000 veteran ATM terima bantuan sara hidup - MINDEF
Sebanyak RM1,000 bantuan diberikan bagi peringkat diploma, manakala RM15,00 kepada anggota veteran yang melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah.
Agong perkenan 17 akta diluluskan pada sidang Parlimen lepas
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan 17 akta yang telah diluluskan dalam Mesyuarat Dewan Rakyat Penggal Kedua Parlimen ke-15.
25 Rang Undang-Undang diluluskan Sidang Parlimen
Sidang Parlimen kali ini mencatatkan pencapaian yang membanggakan apabila 25 Rang Undang-Undang diluluskan.