awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki didakwa kejar gadis dengan pisau
Cubaan larikan diri selepas kemalangan gagal, polis tahan lelaki positif dadah
Kerajaan perhebat usaha pastikan internet lebih selamat bermula tahun ini - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

SEGiM bakal lindungi pekerja sambilan - Dr Azizul

Faida Rahim
Faida Rahim
29/06/2023
16:17 MYT
SEGiM bakal lindungi pekerja sambilan - Dr Azizul
Kata Dr Azizul, kepentingan pekerja sektor ekonomi gig perlu diberi perhatian serius memandangkan ia memberi peluang rakyat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Cadangan mewujudkan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) untuk mengawal selia ekosistem industri gig di negara dapat membawa anjakan besar terutama dalam kalangan pekerja sambilan.
Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pendidikan Berterusan Dan Pengajian Profesional (iCEPS) UiTM, Prof Datuk Dr Azizul Halim Yahya berkata, suruhanjaya baharu itu bakal memberi pelindungan serta masa depan pekerja lebih terjamin memandangkan mereka juga mampu merancakkan ekonomi negara.
“Kerajaan contohnya, harus meneliti bagaimana kita mampu untuk melindungi mereka dan rujukan kepada majikan-majikan yang mengusahakan gig ekonomi ini.
“Kita tidak mahu pekerja ini diambil kesempatan oleh orang tertentu dengan kos buruh yang murah dan sebagainya. Kita juga mahu memastikan perlindungan apabila mereka tua atau jatuh sakit nanti,” katanya dalam program Pantau Agenda Reformasi pada Khamis.
Tambah beliau, kepentingan pekerja sektor ekonomi gig perlu diberi perhatian serius memandangkan ia memberi peluang rakyat meningkatkan pendapatan dan taraf hidup.
“Perkara ini harus dilihat setakat mana kemampuan mereka untuk bekerja. Kalau sekarang kerja 8 pagi sehingga 5 petang tetapi pada hari ini, demi hendak mencari duit, mereka sanggup kerja tengah malam.
“Ini sebenarnya kehendak mereka juga. Waktu muda mereka mungkin tidak memikirkan masa depan. Kita harus membantu mereka untuk meningkatkan ekonomi negara,” jelasnya.
Topic Berkaitan
#perlindungan pekerja
#SEGIM
#ekonomi negara
#kos buruh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan