awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
40 rumah musnah dalam kebakaran di Tawau
Orang ramai diingatkan tidak lakukan aktiviti berbahaya di Jambatan Angkat - Pihak pengurusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Seiring usaha mitigasi, tumpukan juga aspek adaptasi dengan perubahan iklim - Pakar klimatologi

Israr Khalid
Israr Khalid
22/01/2022
05:10 MYT
Seiring usaha mitigasi, tumpukan juga aspek adaptasi dengan perubahan iklim - Pakar klimatologi
Pemanasan global sudah menghampiri tahap maksimum yang membimbangkan. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kita perlu menumpukan usaha untuk menyantuni atau beradaptasi dengan perubahan iklim yang bersifat global untuk menangani musibah alam dari akarnya.
Kata pakar kilmotologi dari Universiti Malaya, Prof. Dr. Fredolin T. Tangang, kita tidak boleh hanya rancak dalam kerja-kerja mitigasi yang hanya menampan masalah untuk jangka masa yang pendek tetapi perlu juga menerapkan pembangunan lestari dalam setiap aspek.
Jika tidak, ia akan terus membuka ruang kepada peningkatan risiko berlakunya bencana pada masa akan datang.
“Bukan bermakna kalau kita berjaya kurangkan gas rumah hijau kita tidak akan dilanda bencana kerana iklim ini bersifat global dan negara-negara kecil yang tidak menyumbang kepada pembebasan (gas) ini juga tidak dapat lari daripada dilanda fenomena-fenomena alam.
“Jadi seharusnya kita memberi kedua-dua perhatian.”
Katanya, walaupun Malaysia tidak mempunyai rakyat yang ramai dan saiznya kecil tetapi pelepasan gas rumah hijau per kapita kita adalah antara yang tertinggi.
Sejak beberapa dekad belakangan ini, kadar peningkatan pemanasan global naik mendadak sehingga ke tahap 1.2 darjah, 0.3 darjah lagi ke had yang ditetapkan sebelum memasuki tahap parah.
Maka tegasnya, kita mempunyai tanggungjawab bersama untuk memastikan pemanasan global boleh dikekang daripada terus meningkat walaupun usaha itu dirasakannya sukar.
Tonton temu bual penuh bersama Prof. Dr. Fredolin dalam program Agenda AWANI dihoskan oleh Nazri Kahar, di sini:
Seiring usaha mitigasi, perlu ditumpukan juga aspek adaptasi kepada perubahan iklim - Pakar klimatologi
Agenda AWANI: Bumi kian tenat
Topic Berkaitan
#Agenda Awani
#bencana alam
#perubahan iklim
#Dr Fredolin T Tangang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan