NATIONAL
Sejuta ahli KWSP buat caruman sukarela cecah RM11.16 bil setakat Okt 2024 - Amir Hamzah

Amir Hamzah (foto) berkata, dalam tempoh sama, seramai 288,000 ahli aktif formal KWSP juga telah mencarum melebihi kadar berkanun iaitu 11 peratus. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Seramai satu juta ahli aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah membuat caruman sukarela berjumlah RM11.16 bilion setakat Oktober 2024.
Ringkasan AI
- Sejumlah satu juta ahli aktif KWSP telah membuat caruman sukarela berjumlah RM11.16 bilion setakat Oktober 2024. Selain itu, 288,000 ahli aktif formal mencarum melebihi kadar berkanun 11%.
- Caruman Akaun Persaraan (Akaun 1) ditingkatkan kepada 75% daripada 70% untuk mempercepatkan ahli mencapai Simpanan Asas.
- Kerajaan sedang meneliti cadangan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 65 tahun, memerlukan penelitian rapi sebelum sebarang keputusan dibuat.
“Ini juga dilihat mampu mempercepatkan ahli mencapai Simpanan Asas,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab soalan Senator Robert Lau Hui Yew berkenaan strategi kerajaan dalam memastikan seseorang individu mempunyai jumlah simpanan KWSP yang mencukupi untuk menikmati kehidupan yang selesa selepas bersara.
Menurut Amir Hamzah, setakat 31 Oktober 2024, seramai 2.65 juta atau 36.2 peratus daripada 7.33 juta ahli aktif formal berumur 18 hingga 55 tahun telah mencapai simpanan asas mengikut umur berbanding 2.21 juta (30.4 peratus) daripada 7.25 juta ahli aktif formal pada Disember 2022.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga mengambil maklum cadangan Lau agar umur persaraan dilanjutkan kepada 65 tahun.
Katanya, perkara tersebut adalah merupakan dasar kerajaan yang memerlukan penelitian yang rapi dan teliti oleh semua pihak sebelum sebarang keputusan dibuat diperingkat dasar kerajaan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami