KUALA LUMPUR:Kerajaan tidak bercadang menaikkan tarif air buat masa ini sekalipun telah lama tidak disemak semula, memandangkan keadaan ekonomi semasa rakyat yang terjejas oleh pandemik COVID-19, kata Menteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.
Beliau berkata semakan semula itu perlu ditangguh buat sementara waktu kerana kerajaan tidak mahu menambah bebanan rakyat.
"Mengenai tarif air, untuk makluman kita pun ambil berat isu ini, (tetapi) macam yang YB Kuala Langat bangkitkan, zaman YB pun tak sesuai, kini dalam keadaan rakyat yang susah, keadaan ekonomi yang terjejas, perkara itu perlu ambil masa supaya bebanan tidak terletak di bahu rakyat pada waktu ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 peringkat jawatankuasa bagi kementerian itu di Dewan Rakyat hari ini.
Isu kenaikan tarif air itu dibangkitkan oleh bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli semasa pentadbiran Pakatan Harapan (PH), Datuk Dr A Xavier Jayakumar (PH-Kuala Langat) yang menyatakan kadar semasa perlu dinaikkan bagi menyeimbangkan pembiayaan industri bekalan air negara.
Mengenai jenayah pencemaran alam sekitar, Tuan Ibrahim berkata unit jenayah alam sekitar yang ditubuhkan secara pentadbiran pada 1 Okt lalu merekodkan beberapa kejayaan dengan pendakwaan beberapa individu yang menyebabkan pencemaran sungai.
Bagi meminimumkan risiko gangguan bekalan air seperti yang berlaku di Lembah Klang baru-baru ini, Tuan Ibrahim berkata kementeriannya mengemukakan cadangan pelaksanaan Takungan Air Pinggiran Sungai (TAPS) dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) sebagai sumber air alternatif.
"TAPS ini juga akan berfungsi sebagai mekanisme kawalan banjir. Di bawah RMK11, empat projek TAPS telah diluluskan iaitu TAPS Jernih, TAPS Melaka, TAPS Sungai Johor dan TAPS Linggi dengan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.4 bilion.
"Bagi Sungai Semenyih dan Sungai Selangor pula, kementerian menyasarkan untuk membina dua TAPS yang mampu menampung sekiranya berlaku gangguan ataupun pencemaran kepada sungai itu iaitu TAPS Putrajaya dan TAPS Rasau sebagai sumber air alternatif," katanya.
Peruntukan Belanjawan 2021 bagi kementerian itu kemudian diluluskan di peringkat jawatankuasa dengan undian suara terbanyak.
Persidangan dewan bersambung esok.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 08 2020
Tuan Ibrahim berkata semakan semula itu perlu ditangguh buat sementara waktu kerana kerajaan tidak mahu menambah bebanan rakyat. - Astro AWANI / Shahir Omar
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Sejauh mana gelombang pergolakan pasaran akan berlaku?
Bersama Ketua MIDF Research, Imran Yassin Md Yusof berkongsian penilaian terhadap prospek ekonomi negara di tengah-tengah cabaran global dan domestik.
Misteri 'fenomena UFO' undang resah
Rangkaian media melaporkan insiden itu turut mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi di platform media sosial.
Panduan Belanjawanku 2024/2025: Panduan nilai pendapatan cukup untuk hidup
Hafidzi Razali, Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, membincangkan Panduan Belanjawanku 2024/2025 dan Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan (RIA) untuk membantu rakyat Malaysia merancang kewangan dengan lebih baik.
Isu siapa calon PM PN tidak perlu dipolemik - Tuan Ibrahim
Isu siapa bakal mengetuai Perikatan Nasional (PN) dan calon Perdana Menteri tidak perlu dijadikan polemik.
GISB: Tidak boleh semberono ambil tindakan - Zulkifli
Senator Zulkifli Hasan berkata, kes terbabit melibatkan banyak pihak dan perlu mengikut garis panduan ditetapkan setiap pihak berkuasa.
Tunggu PN ambil alih untuk lihat bajet kami - Tuan Ibrahim
Beliau berkata, pihak yang ingin melihat bajet alternatif perlu menunggu sehingga Perikatan Nasional mengambil alih kerajaan.
Pas kesal, dukacita dengan kenyataan Saifuddin Nasution
Tuan Ibrahim berkata, sepanjang Muktamar Pas berlangsung, tiada satu nama disebut dan diserang oleh Presiden Tan Sri Abdul Hadi Awang dalam ucapan beliau.
PRN17 Sabah: Pas beri autonomi pada pimpinan parti tempatan
Tuan Ibrahim berkata, ia berikutan landskap politik yang berbeza berbanding di Semenanjung Malaysia.
Pas mahu tawan Pahang, beri fokus sokongan bukan Islam
Keputusan pucuk pimpinan memilih Pahang adalah isyarat serius Pas mahu mengiringi pentadbiran Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis.
Isu rakyat Palestin dijangka jadi inti pati utama Muktamar Pas ke-70
Nasib umat Islam di Palestin antara isu utama yang dijangka dibawa dalam Muktamar Pas ke-70 yang akan berlangsung di Kompleks Al-Makmur, Kerdau, Temerloh pada 11 hingga 15 Sept ini.
Pas gesa pemantau SPR turunkan papan iklan PH di Sungai Bakap - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, papan iklan yang dibentangkan PH didakwa menunjukkan maksud ayat dalam bahasa Cina tidak sama dengan bahasa Melayu.
PRK Sungai Bakap: Calon PN diumum 16 Jun ini - Tuan Ibrahim
Calon mewakili Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap akan diumumkan pada 16 Jun ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.