Sekatan perjalanan ke atas 23 negara masih dikekalkan - Dr Noor Hisham

Astro Awani
Disember 28, 2020 07:01 MYT
Dr Noor Hisham memaklumkan, susulan mutasi 'spike protein' VUI 202012/01 pemantauan, ujian COVID19 dan kuarantin diperketatkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sekatan terhadap 23 buah negara termasuk United Kingdom untuk memasuki negara ini masih dikekalkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Dr Noor Hisham menjelaskan sekatan perjalanan ke atas 23 buah negara itu dikenakan sejak 7 September lalu.
"Kerajaan masih kekalkan sekatan perjalanan ke negara ini untuk 23 negara termasuk United Kingdom sejak 7 September 2020 sehingga kini.
"Susulan mutasi spike protein VUI 202012/01 pemantauan, ujian COVID-19 dan kuarantin diperketatkan," katanya menerusi akaun Twitter.

Kerajaan masih kekalkan sekatan perjalanan ke negara ini untuk 23 negara termasuk United Kingdom sejak 7 September 2020 sehingga kini. Susulan mutasi spike protein VUI 202012/01 pemantauan, ujian #COVID19 dan kuarantin diperketatkan. -@DGHisham pic.twitter.com/rSV8z7BVol

— KKMalaysia (@KKMPutrajaya) December 28, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada 7 September lalu, Dr Noor Hisham memaklumkan keputusan kerajaan mengenakan sekatan kemasukan ke atas 23 negara berisiko dibuat berasaskan beberapa faktor termasuk data daripada Pusat Kawalan Penularan Wabak Eropah (ECDC) dan Our World in Data.
Beliau berkata selain data dari ECDC dan Our World in Data, kriteria penilaian risiko pengimportan jangkitan COVID-19 adalah berdasarkan Scoring Board: Sistem Merit yang dibangunkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan menggunapakai sumber data terbabit.
#Dr Noor Hisham Abdullah #United Kingdom #kuarantin #COVID-19 #Pusat Penularan Wabak Eropah #Pusat Kawalan Penularan Wabak Eropah #ECDC #Scoring Board Sistem Merit #penularan wabak COVID-19