PUTRAJAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa beliau diperlakukan seperti penjenayah selepas 10 kali disoal siasat polis sejak beberapa tahun lepas.
Bekas Perdana Menteri itu mendakwa, boleh dikatakan beliau pasti akan disiasat setiap kali mengeluarkan kenyataan, sedangkan ada pihak lain yang mengeluarkan kenyataan perkauman tidak disiasat.
Menurutnya, yang terbaharu, polis mengambil keterangan beliau berkaitan kenyataannya mengatakan masyarakat India di Malaysia tidak setia kepada negara.
“Sekejap-sekejap saya disoal polis macam saya ni ‘common criminal’.
“Ada laporan saja, polis asyik tanya saya. Saya jawablah. Saya rakyat yang mematuhi peraturan.
“Kalau tanya saya ikut undang-undang saya jawab,” katanya dalam sidang media di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya pada Selasa.
Terdahulu, Dr Mahathir selesai memberikan keterangan kepada tiga anggota polis di bangunan yayasan itu kira-kira jam 4 petang Selasa.
Menurutnya, sebanyak 19 soalan ditanyakan kepada beliau berkaitan temu bualnya bersama televisyen India baru-baru ini.
Tambahnya, beliau menjawab semua soalan yang boleh dijawab dan selebihnya akan dijawab di mahkamah.
“Mungkin akan ditanya lagi. Saya tak merungut, polis nak tanya, itu hak dia tapi saya nak tanya, kenapa saya seorang saja disoal siasat?
“Banyak orang lain buat kenyataan berbaur perkauman, sentuh 3R (agama, bangsa dan institusi diraja) tapi tak disoal.
“Banyak orang lain nama mereka terdapat dalam Kertas Pandora, Kertas Panama tapi tak disoal. Mereka buat kenyataan saja cukup.
“Kenapa saya tak boleh buat kenyataan saja? Nama saya tiada dalam kedua-dua kertas itu tapi saya disiasat oleh polis?” katanya.
Dalam pada itu, beliau menegaskan tidak nampak sebarang kesalahan dalam kenyataanya berkaitan masyarakat India yang tular sebelum ini.
“Ada soalan yang ditanya saya boleh jawab seperti di mana rakaman temu bual tersebut, itu saya boleh jawab.
“Mereka tanya macam mana rakaman itu dibuat? Saya beritahu ia dibuat melalui Zoom, mereka ada di India. Tapi bila tanya mengenai kenyataan saya, mereka tunjuk rakaman video, saya tidak nampak apa yang salah.
“Saya ada hak mempunyai pendirian ataupun fahaman saya tapi nampaknya itu dikatakan salah... mereka tanya, saya kata akan jawab di mahkamah,” katanya lagi.
Ridauddin Daud
Tue Jan 23 2024
Dr Mahathir berkata, polis hari ini mengambil keterangan beliau berkaitan kenyataannya mengatakan masyarakat India di Malaysia tidak setia kepada negara. - Gambar/ Astro AWANI
'Sebelum ini mustahil, tapi saya mula yakin wakili Harimau Malaya' - Mats Deijl
Pemain pertahanan kelab Liga Eredivise, Go Ahead Eagles, Mats Deijl teruja mahu menyertai Harimau Malaya.
Bomba kenal pasti 18 'hotspot' kepala air di Kelantan
Kesemua 'hotspot' berkenaan membabitkan kawasan rekreasi air terjun dan sungai termasuk Jeram Pasu dan Jeram Mengaji di Pasir Puteh yang sering menjadi lokasi tumpuan pelancong.
Pihak pengurusan diminta buat kajian terperinci - JBPM
Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis menegaskan lokasi kejadian adalah terkawal dan punca kejadian masih dalam siasatan.
St. James's Park dipilih sebagai tapak memorial Ratu Elizabeth II
Sebuah memorial rasmi bagi memperingati mendiang Ratu Elizabeth II akan ditempatkan di St. James's Park, London.
Runtuhan tebing: Pihak pengurusan diminta buat kajian terperinci - JBPM
JBPM Selangor meminta pihak pengurusan projek Skim Bekalan Air Sungai Rasau di Taman Mas, Puchong, Selangor membuat kajian terperinci.
TPM Ahmad Zahid lakukan lawatan kerja ke China
Beliau antara lain akan menghadiri Persidangan Forum Kerjasama Keselamatan Awam Global Lianyungang (GPSCFL) 2024 dan Forum Perniagaan Halal Malaysia-China.
Haaland bakal dapat lanjutan kontrak, gaji RM4 juta seminggu
Erling Haaland dilaporkan hampir untuk menandatangani lanjutan kontrak yang lumayan bersama Manchester City.
PM Anwar ingatkan rakyat lebih celik kesihatan, kurangkan pengambilan gula
Beliau berkata, ini kerana, bilangan penghidap kencing manis atau diabetes di Malaysia adalah yang tertinggi di Asia Tenggara.
PRK DUN Mahkota: PN tangguh tarikh pengumuman calon
Perikatan Nasional (PN) menangguhkan pengumuman calon bagi PRK Dewan Undangan Negeri Mahkota yang sepatutnya diadakan pada Isnin.
TikToker Ali Abulaban rasa tidak adil dipenjara seumur hidup kerana tembak isteri
Bekas TikToker Ali Abulaban dipenjara seumur hidup selepas didapati bersalah menembak mati isteri kerana menyangka dia menjalinkan hubungan sulit.
Bicara kes saman terhadap Ahmad Zahid ditangguhkan lagi ke 26 Ogos
Perbicaraan kes saman Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang dijadualkan hari ini ditangguhkan ke 26 Ogos.
Tun Mahathir sambut hari lahir ke-99 hari ini
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menyambut hari lahir yang ke-99 hari ini.
'Perkara hebat sedang berlaku di Selatan' – Tun Mahathir
Pembinaan Projek Rapid Transit System Link (RTS Link) antara Johor Bahru dan Singapura yang sedang rancak berjalan menarik perhatian bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun Mahathir diarah hadir, tuntut dibuat secara terbuka
Dr Mahathir berkata, beliau menerima sapina untuk menghadirkan diri bagi memberi keterangan dalam prosiding itu pada Jumaat.
Mahkamah Tinggi batal saman Halim Saad terhadap Tun Mahathir, kerajaan
Mahkamah Tinggi membenarkan permohonan Dr Mahathir dan dua lagi untuk membatalkan saman taikun Tan Sri Halim Saad.
SPRM tidak berhasrat tahan Tun M
SPRM tidak berhasrat untuk menahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
53 hari dirawat di IJN, Tun M dibenarkan pulang hari ini
Setelah 53 hari menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dibenarkan pulang pada Isnin.
Peguam nasihat Tun M tidak sertai RCI Batu Puteh jika pengerusi tidak diganti
Peguam Dr Mahathir akan menasihatkannya tidak menyertai RCI berkaitan kes kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan sekiranya pengerusi suruhanjaya itu tidak diganti.