awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
21/11/2023
10:48 MYT
Sekolah antarabangsa di Ipoh pula terima ancaman bom - Polis Perak
Mohd Yusri berkata, polis menerima maklumat mengenai ancaman bom itu kira-kira jam 10.10 pagi. - Gambar fail/Bernama
IPOH: Selepas di Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang, polis Perak pula mengesahkan menerima laporan sebuah sekolah antarabangsa di sini menerima ancaman bom menerusi emel pagi tadi.
Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai perkara itu kira-kira jam 10.10 pagi.
Menurutnya, maklumat daripada seorang pegawai sekolah berkenaan mengatakan bahawa pihak pengurusan sekolah telah menerima emel daripada seorang individu yang tidak dikenali tentang ancaman bom di dalam bangunan sekolah tersebut.
“Pihak polis telah bertindak segera terhadap maklumat tersebut dan menjalankan pemeriksaan menyeluruh di dalam bangunan sekolah terbabit dengan bantuan Unit Pemusnah Bom (UPB), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak,” katanya dalam kenyataan di sini.
Menurut Mohd Yusri, hasil pemeriksaan di seluruh bangunan sekolah mendapati tiada sebarang objek meragukan ditemui.
Tambahnya, selepas keadaan disahkan selamat, semua tenaga pengajar dan pelajar sekolah dibenarkan masuk semula ke dalam bangunan kira-kira jam 1.15 tengah hari.
“Pihak polis ingin memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak menghantar e-mail ancaman bom palsu dengan sewenang-wenangnya sehingga mendatangkan ketakutan kepada orang awam dan menggugat ketenteraman awam,” tegasnya.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Terdahulu dilaporkan beberapa sekolah antarabangsa di sekitar Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang menerima ancaman bom.
Tujuh sekolah antarabangsa di Selangor di daerah Petaling Jaya, Shah Alam, Kajang, Subang Jaya, dan Kuala Langat turut menerima ancaman itu.
Manakala dua lagi sekolah di Wangsa Maju turut menerima ancaman melalui hantaran emel pagi tadi. 
 
Polis Pulau Pinang pula mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di Tanjung Tokong dan Jalan Sungai Pinang di negeri itu menerima ancaman bom hari ini.
Topic Berkaitan
#ancaman bom
#sekolah antarabangsa
#Ketua Polis Perak
#Ancaman palsu
#Mohd Yusri Hassan Basri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan