awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sukan SEA 2027: Tiada pembinaan stadium baharu, KBS fokus naik taraf kemudahan sedia ada
Dua kontena daging babi Belgium dirampas
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal

Astro Awani
Astro Awani
26/08/2019
12:22 MYT
Sekolah daif Sarawak: Kebenaran mula kerja sudah diserahkan lebih awal
Kementerian Kewangan sudahpun menyerahkan kebenaran memulakan kerja awalan untuk projek baik pulih sekolah daif Sarawak sejak 5 Ogos lagi.
Kementerian Kewangan sudah pun menyerahkan kebenaran memulakan kerja awalan untuk projek baik pulih sekolah daif Sarawak sejak 5 Ogos lagi, lebih awal daripada bayaran RM350 juta yang diterima daripada Sarawak pada 8 Ogos lalu.
Pada masa sama, Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menafikan kenyataan Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang mendakwa Kementerian Kewangan ada menyatakan keperluan bagi penubuhan jawatankuasa.
Guan Eng dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya sudahpun menubuhkan empat jawatankuasa khas di peringkat Kerajaan Persekutuan bagi pelaksanaan dan pemantauan projek sejak 19 Mac lagi.
"Kenyataan beliau (Ketua Menteri Sarawak) tersebut amat mengecewakan kerana ia menidakkan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan untuk melaksanakan dan menyegerakan projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak, dengan mengambil kira permohonan dan keperluan Kerajaan Negeri Sarawak.
"Selanjutnya, pada 14 Ogos 2019, Kementerian Kewangan telah sekali lagi mengeluarkan surat kepada KPM memaklumkan bayaran oleh Kerajaan Negeri Sarawak telah diterima dan meminta KPM untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi memastikan pelaksanaan fasa pertama projek membaik pulih sekolah daif di Sarawak dapat disegerakan," katanya.
Terdahulu portal Sarawak Voice melaporkan Abang Johari sebagai berkata Putrajaya masih belum melaksanakan projek baik pulih sekolah daif seperti mana yang dijanjikan.
Beliau juga menyifatkan Guan Eng sebagai 'pembulak' (penipu) dan meminta isu politik diketepikan dalam hal melibatkan pendidikan.
Menteri Kewangan pada Julai lalu meminta Kerajaan Sarawak membayar semula hutang sebanyak RM350 juta kepada Putrajaya sebelum melaksanakan fasa pertama baik pulih sekolah usang di Sarawak.
Guan Eng berkata, ini merupakan perjanjian dicapai dengan Kerajaan Sarawak yang berhutang dengan Putrajaya sebanyak RM2.37 bilion dalam bentuk pinjaman.
Topic Berkaitan
#Abang Jo
#Abang Johari Tun Openg
#Kementerian Kewangan
#Ketua Menteri
#Lim Guan Eng
#pendidikan
#Putrajaya
#Sarawak
#Sekolah daif Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan