awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sekolah di Jerantut, Kuala Krai ditutup 2 hari ekoran cuaca panas

Astro Awani
Astro Awani
19/04/2016
12:27 MYT
Sekolah di Jerantut, Kuala Krai ditutup 2 hari ekoran cuaca panas
KPM dalam satu kenyataan memberitahu keputusan itu dibuat sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas. -Gambar hiasan
Kementerian Pendidikan (KPM) hari ini memaklumkan semua sekolah di daerah Jerantut, Pahang dan Kuala Krai, Kelantan ditutup selama dua hari iaitu pada 20 dan 21 April 2016.
Ia berikutan suhu di kedua-dua daerah terbabit mencatat bacaan suhu tertinggi melebihi 37 darjah Celsius pada satu-satu masa, setiap hari dan melebihi 72 jam.
KPM dalam satu kenyataan memberitahu keputusan itu dibuat sebagai langkah penjagaan kesihatan murid semasa cuaca panas.
Penutupan ini akan membabitkan sejumlah 119 sekolah, iaitu 30 sekolah menengah dan 89 sekolah rendah.
Jumlah murid terlibat ialah 41,665 iaitu 38,849 murid sekolah menengah dan rendah serta 2,816 murid prasekolah.
KPM turut memaklumkan bahawa penutupan ini tidak perlu diganti dan operasi pentadbiran sekolah, kecuali aktiviti pengajaran dan pembelajaran, berjalan seperti biasa.
Topic Berkaitan
#37 darjah Celsius
#cuaca panas
#Jerantut
#Kementerian Pendidikan
#KPM
#Kuala Krai
#penutupan sekolah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan