PUTRAJAYA: Pihak sekolah perlu merujuk kepada polis terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang notis pemakluman atau peringatan mengenai insiden yang dikaitkan dengan kes cubaan menculik murid kerana ia boleh menimbulkan kegusaran awam, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Radzi Jidin.
Bercakap pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Pelaksanaan Projek Pembinaan Kompleks Sekolah Presint 15 di sini hari ini, beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengingatkan Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah untuk memberitahu pihak sekolah agar merujuk pihak polis sebelum mengeluarkan notis berkenaan.
"Kita tak nak notis yang dikeluarkan oleh sekolah nanti menimbulkan kerisauan penduduk. Niat sekolah keluarkan notis memang baik namun kadang-kadang peringatan itu boleh diambil dalam konteks berbeza yang menimbulkan kerisauan tidak berasas," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kewajaran pihak pengurusan sekolah mengeluarkan notis peringatan mengenai kes culik di kawasan persekolahan.
Perkara sedemikian didakwa mencetuskan rasa panik dan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa, ditambah dengan video tular kononnya berlaku cubaan culik tanpa diperiksa kesahihannya.
Radzi berkata pihak sekolah secara umumnya turut menerapkan aspek keselamatan murid agar tidak mendekati orang tidak dikenali.
"Penjagaan keselamatan adalah sebahagian daripada perkara yang sentiasa kita buat termasuk keselamatan lalu lintas, sebagai contohnya," katanya.
Mengenai Kompleks Sekolah Presint 15, pembinaan sekolah rendah dan sekolah menengah di kawasan itu menelan belanja RM121 juta dan dijangka siap pada Ogos 2025.
"Ini merupakan kompleks pertama untuk penduduk di Presint 15, sebelum ini di Presint 15 tiada sekolah rendah mahupun menengah.
"Dengan pembinaan kompleks ini yang mengandungi 36 bilik darjah bagi sekolah rendah dan 30 (sekolah menengah) ia tentunya akan memberi kemudahan kepada penduduk sekitar," katanya dan menambah kompleks tersebut berkeluasan 5.9 hektar.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 01 2022
Radzi berkata pihak sekolah secara umumnya turut menerapkan aspek keselamatan murid agar tidak mendekati orang tidak dikenali. - Bernama
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Laporan Pasaran Labuan IBFC 2023 tunjukkan pemulihan kukuh, pertumbuhan luar biasa
Laporan Labuan IBFC 2023 mendedahkan pertumbuhan luar biasa wilayah itu yang menyumbang RM1.2 bilion kepada hasil fiskal Malaysia dan melepasi paras RM1 bilion buat pertama kalinya.
Freedom Flotilla to Gaza: Guinea-Bissau akur kepada Israel, tidak beri kebenaran guna bendera bagi misi pelayaran
Kerajaan Republik Guinea-Bissau dilaporkan tunduk dan akur kepada gesaan Israel untuk tidak membenarkan misi pelayaran Break The Siege: Freedom Flotilla to Gaza menggunakan bendera mereka.
Penyakit berkaitan haba dikhuatiri meningkat di Gaza
Penularan penyakit berkaitan haba panas menjadi kebimbangan terbaharu di Gaza selepas suhu luar jangka melampau melanda wilayah itu setiap hari. Ia sudah semestinya diburukkan lagi dengan kekurangan air bersih dan ketiadaan sistem pembuangan sisa pepejal yang sepatutnya wujud di sesebuah kawasan didiami manusia.
Kes buli: Sekolah harus selamat untuk pelajar, kata Mahkamah Persekutuan
Guru dan petugas lain yang serupa mempunyai kewajipan untuk mengawasi para pelajar ketika mereka berada di kawasan sekolah, demikian putus Mahkamah Persekutuan.
Keputusan peperiksaan STAM tahun 2023 pada 26 Mac - KPM
Sebanyak 4,058 calon telah mendaftar untuk menduduki peperiksaan STAM tahun lepas di 131 pusat peperiksaan seluruh negara.
Sekolah diseru langgan tiga akhbar utama berbahasa Melayu
Ia sebagai usaha memperkasakan penguasaan bahasa Melayu dalam kalangan murid dengan membudayakan amalan membaca akhbar di sekolah.
Sesi akademik 2024/2025: 39,162 murid mula sesi persekolahan di Putrajaya
Jumlah itu membabitkan seramai 1,051 murid prasekolah, 23,096 murid sekolah rendah dan 15,015 pelajar sekolah menengah.
Ramadan bukan alasan aktiviti minggu pertama persekolahan tidak boleh dilaksana - KP Pendidikan
Hasrat Kementerian Pendidikan (KPM) melalui aktiviti minggu pertama adalah untuk melahirkan murid ceria, guru bahagia, sekolah bitara dan negara sejahtera.
Sekolah perlu bincang dengan ibu bapa sebelum anjur majlis graduasi di hotel - Exco
Walaupun pihak sekolah mempunyai autonomi untuk menganjurkan sebarang majlis namun persetujuan ibu bapa perlu dititikberatkan.
Sekolah digalakkan anjur majlis graduasi sederhana namun meriah - Fadhlina
Bagaimanapun, perbincangan dengan ibu bapa serta PIBG di sekolah masing-masing adalah asas kepada majlis graduasi.
Kod Sukan Selamat akan dilaksanakan di sekolah arus perdana tahun ini
Beliau berkata perkara itu perlu memandangkan terdapat kumpulan besar yang terlibat dengan aktiviti sukan di peringkat sekolah.
Lepas Subuh berjemaah, Madad cadang hantar pelajar ke sekolah
Idea itu timbul selepas melihat kepada sokongan menggalakkan selain mahu melancarkan perjalanan ke sekolah.
Shivaani teruja dapat kembali ke sekolah Mac ini
Bapanya berterima kasih kepada Kementerian Pendidikan yang prihatin dalam menyelesaikan isu persekolahan anaknya itu.