awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki hilang semasa menangkap ikan ditemukan lemas

Bernama
Bernama
28/07/2025
12:00 MYT
Lelaki hilang semasa menangkap ikan ditemukan lemas
Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyelam untuk menangkap ikan di Sungai Nanga Bekatan, Ensiring, Ulu Julau di Bahagian Sarikei Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini. - Gambar fail/hiasan
SIBU: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang ketika menyelam untuk menangkap ikan di Sungai Nanga Bekatan, Ensiring, Ulu Julau di Bahagian Sarikei Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor Mahmudin Narudin berkata mayat Michael Jantan, 50, ditemukan di dasar sungai oleh Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) BBP Sungai Merah, Sibu pada 9.08 pagi tadi dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat dilancarkan pada 2 petang semalam dengan usaha menyelusuri sungai dan melakukan dua kali selaman, namun gagal menjumpai mangsa sebelum ditangguhkan pada 7.49 malam dan disambung semula hari ini.
Mahmudin berkata kejadian yang berlaku pada 11 malam, Sabtu lepas itu dilaporkan oleh seorang pengadu di Balai Polis Julau.
"Operasi pencarian mangsa dimulakan dengan pencarian menyusuri sungai dan tebingan sungai bersama agensi berkaitan serta penduduk rumah panjang. Dua selaman yang dilakukan oleh PPDA hari ini akhirnya berjaya menemukan mayat mangsa," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki hilang
#ditemukan lemas
#Sungai Nanga Bekatan
#menangkap ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan